Kebanyakan kuman di dalam dunia tidak merbahaya kepada manusia. Ada sesetengah bakteria yang membawa manfaat, seperti yang ada di dalam usus untuk membantu menghadam makanan. Tetapi, tidak salah mengetahui tentang kuman dan cara ia tersebar di dalam rumah – terutama sekali beberapa langkah ringkas yang boleh menghalang mereka.


Apa itu kuman?

Kuman (atau kadangkala ia dipanggil pathogen) adalah organisma mikroskopik dan boleh menyebabkan penyakit dan jangkitan jika ia memasuki tubuh anda.



Kuman yang biasa adalah:

  • Bakteria (cth: Salmonella yang menyebabkan keracunan makanan)
  • Virus (cth: Rhinovirus yang menyebabkan demam)
  • Kulat (cth: Trichophyton yang menyebabkan kutu air)
  • Parasit (cth: Giaridia Intestinalis yang menyebabkan cirit birit)


Bagaimana kuman disebarkan?

Bakteria dan kulat boleh muncul di kawasan yang hangat dan lembap di rumah anda. Tetapi, virus berbeza. Sekitar seperseratus size bakteria, virus perlu berada di dalam tuan rumah hidup untuk membiak. Melalui proses inilah virus boleh menyebabkan penyakit.


Kuman boleh tersebar di sekitar kediaman melalui tangan orang ramai, biasanya apabila menyentuh orang yang dijangkiti atau permukaan tercemar. Kuman juga boleh tersebar melalui udara di dalam partikel habuk kecil atau titisan air yang keluar dari mulut dan hidung semasa kita batuk, bersin atau bercakap.


Sumber kuman yang biasa di rumah adalah:  

  • Air dan makanan yang tercemar 
  • Permukaan yang kerap disentuh seperti tombol pintu, pili, alat kawalan TV dan telefon 
  • Membersih kawasan buangan seperti tong sampah, sinki dan tandas 
  • Bahan buangan rumah seperti sisa makanan, tisu yang telah digunakan dan lampin rosak 
  • Alat pembersihan seperti kain pembersih, span dan berus gigi kotor 
  • Haiwan peliharaan dan haiwan lain seperti tikus dan lalat 


Bagaimana kuman memasuki badan?

Terdapat beberapa cara kuman boleh memasuki badan

  • Ia boleh dimakan melalui makanan yang tercemar. 
  • Kuman dalam udara boleh disedut melalui hidung dan mulut, lalu memasuki paru-paru.
  • Kuman pada kulit boleh masuk melalui luka yang tidak dirawat. 
  • Ia boleh memasuki salur darah melalui suntikan, pembedahan atau gigitan haiwan atau serangga 
  • Sesetengah kuman di dalam cecair badan kita boleh disebarkan kepada orang lain melalui perhubungan badan


Tahukah anda…

Di dalam keadaan yang sesuai, bakteria seperti Escherichia coli (e-coli) boleh membahagi setiap 20 minit, jadi ia mengambil masa 8 jam untuk satu bakterium bertambah menjadi 17M bakteria

Comments