Dari Mana Datangnya Bau Kepam Dan Hapak Di Dalam Rumah?

 


Dari mana datangnya bau hapak atau kepam sedangkan kita sentiasa bersihkan rumah? Bau ini sangat tidak menyenangkan. Kadang-kadang bila ada orang datang rumah, mereka akan hidu bau itu. Ketahuilah bahawa bau yang busuk ini datang disebabkan pembiakan bakteria yang banyak.

Sebenarnya, walaupun kita mengemas rumah setiap hari kita hanyalah membuang habuk dan kotoronnya sahaja. Sedangkan bau hapak itu tetap ada. Mari periksa apa yang membuat rumah anda berbau hapak. Bagaimana nak hilangkan bau hapak? 

1) Buka Semua Tingkap

Sesetengah orang tidak suka membuka tingkap di atas faktor-faktor atau peribadi. Ini akan buatkan semua bau dalam rumah anda terperangkap, akhirnya terhasil lah bau-bau yang kurang enak. Rumah yang tiada aliran udara yang baik dan sentiasa tertutup menghasilkan bau dan kepam.

Anda perlu pastikan tingkap anda dibukakan sedikit supaya adanya aliran udara yang keluar masuk. Bau hapak akan keluar dengan sendirinya apabila ada laluan udara pada tingkap yang terbuka. 

2) Pasang penyegar udara

Jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing di dalam rumah, ia juga adalah faktor mengapa terjadinya bau hapak. Boleh jadi pengurusan anda pada binatang tersebut seperti mencuci najis dan sebagainya tidak begitu baik. Elain itu, bau selepas memasak, atau bau rak kasut juga akan menghasilkan bau kurang menyenangkan. Jadi, selain membuka tingkap, anda boleh pasangkan penyegar udara (aircond) supaya dapat mengurangkan sedikit baunya. 

3) Periksa karpet

Karpet merupakan satu perhiasan yang perlu diambil serius. Karpet digunakan setiap masa. Jika ada air yang tertumpah di atasnya, agak susah dan lama untuk menghilangkan bau tersebut. Bukan hanya air, jika kita basuh menggunakan karpet dan ianya tidak kering sepenuhnya juga akan menyebabkan karpet berbau hapak atau kepam kerana kain karpet sangat tebal. Sesetengah pihak memilih untuk terus tidak mencuci dan hanya sapu dan vakum. 


Cara moden dan pantas mencuci karpet

Membersihkan karpet dengan menyapu dan vakum merupakan kaedah tradisional. Menggunakan sabun juga merupakan kaedah tradisional. Jadi, bagaimana dengan cara moden? Dry Carpet Cleaning merupakan kaedah moden yang lebih pantas dan berkesan dalam membersihkan karpet. Alat-alat yang digunakan pun sangat berkualiti. Kaedah ini tidak menggunakan air jadi tidak perlu ada “down time” selepas habis dicuci. 

Cucian ini menggunakan satu serbuk yang dinamakan microsponges. Serbuk ini akan ditaburkan di seluruh permukaan karpet. Ianya berfungsi untuk menyerap segala kekotoran termasuk bakteria. Setelah itu, microsponges akan disedut menggunakan satu mesin yang dinamakan Gen 4. Microsponges dari warna kuning cerah akan bertukar kepada kuning yang sangat gelap oleh kerana ianya telah menyerap segala kekotoran yang ada pada karpet. 


Sila whatsapp kami untuk tempahan:

http://www.wasap.my/+60126494786

http://www.wasap.my/+60126494786

http://www.wasap.my/+60126494786 

TEL: 03-6187 6866

WEBSITE: http://www.sghygiene.com.my

EMAIL: enquiry@sghygiene.com.my



Comments