Penyebaran penyakit dapat dielakkan dengan mengamalkan satu langkah mudah sebelum melakukan sesuatu iaitu basuh tangan.Terdapat beberapa kaedah yang dapat digunakan dalam memastikan tangan kita sentiasa bersih, salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan hand sanitizer.
Hand sanitizer adalah merupakan cecair yang mengandungi alkohol bagi membasmi mikroorganisma. Ini sering dianggap sebagai satu kaedah yang selesa dan boleh diterima pakai oleh setiap individu dalam memastikan tangan tidak basah dengan air dan sabun. Tambahan pula, ia boleh dibawa kemana-mana dengan mudah. Anda boleh membeli sebotol kecil hand sanitizer di mana-mana cawangan farmasi atau kedai runcit dan ia boleh dimasukkan ke dalam poket.
Namun ada sesetengah perkara perlu kita gunakan air dan bukan hand sanitizer seperti selepas menggunakan tandas, sebelum dan selepas menjamu selera menggunakan tangan dan jika tangan kotor selepas menggunakan baja kerana menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), ia tidak boleh membasmi bahan kimia yang terkandung di dalam baja.
Menurut pandangan doktor pakar penyakit berjangkit, Dr Aaron E Glatt, membasuh tangan menggunakan air dan sabun sepatutnya dijadikan sebagai satu prioriti buat setiap individu. Hand sanitizer boleh digunakan namun perlulah digunakan sebagai cecair tambahan bagi mencegah penyebaran kuman kepada individu yang lain. Bakteria seperti Clostridium difficile tidak boleh dibasmi dengan hanya menggunakan hand sanitizer, begitu juga dengan Norovirus. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk memahami bahawa fungsinya ini adalah seperti suplemen makanan. Kebersihan tangan boleh diperkuatkan dengan penggunaan hand sanitizer.
Seperti yang kita tahu, hand sanitizer atau cecair pembasmi kuman tangan ini adalah berfungsi untuk menghalang individu daripada terkena sebarang jangkitan penyakit menerusi tangan yang kotor setelah seharian memegang pelbagai objek, lebih-lebih lagi apabila objek itu turut digunakan atau dikongsi dengan orang lain seperti tombol pintu, besi pemegang di tangga dan di dalam kenderaan awam atau pili tandas.Ini adalah lapan kegunaan lain cecair pembasmi kuman yang tidak terhad untuk digunakan sebagai penuh kuman tangan.
- Kilatkan Permukaan Bercermin
- Menghapus Kesan Pen Marker Berdakwat Kekal (permanent)
- Menghilangkan kesan pelekat
- Legakan Kegatalan Bekas Gigitan Nyamuk
- Menyembuh Parut
- Sebagai agen pencuci
- Pembersih tempat duduk tandas awam
- Gel rambut
Selain dari perkara positif mengenai hand sanitizer kita juga harus tahu mengenai perkara nagetif mengenai Sanitizer ini.
1.
Lemahkan
sistem
imun
badan
Menurut
penelitian
yang dilakukan
oleh
pakar,
“triclosan”
yang lazimnya
terkandung
dalam
hand sanitizer sangat membahayakan
sistem
daya
ketahanan
tubuh
(imune
system). Ini
kerana,
fungsi
sistem
imunisasi
adalah
untuk
melindungi
tubuh
dari
terkena
sebarang
penyakit.
Penelitian
lain turut
menemukan,
kanak-kanak
atau
remaja
yang terdedah
terhadap
“triclosan”
ini
akan
mudah
dijangkiti
demam
serta
mudah
alergi.
2. Tubuh
tak
tahan
dengan
antibiotik
berlebihan
Kita semua
tahu
bahawa
antibiotik
sangat
berkesan
dalam
membunuh
bakteria,
tapi
jika
ia
digunakan
secara
berlebihan
akan
membunuh
bakteria
yang baik
juga.
Kesihatan
anda
pasti
lebih
berisiko
terganggu
andai
bakteria
baik
turut
dibunuh
dan
ini
akan
menggalakkan
bakteria
jahat
untuk
bermaharajalela.
3. Ganggu
kestabilan
hormon
Food and Drug Administration (FDA)
di Amerika
Syarikat menyatakan,
kandungan
“triclosan”
boleh
menyebabkan
gangguan
hormon
sekaligus
menyebabkan
pembiakan
bakteria
yang tidak
elok
dan
bakteria
tersebut
bertindak
mengubah
cara
kerja
organ dalaman
tubuh
badan
kita.
4. Terdedah
kepada
bahan
kimia
Jika anda
mempunyai
hand sanitizer yang berbau wangi,
kemungkinan
besar
produk
tersebut
mengandungi
bahan-bahan
kimia
beracun.
Pewangi
sintetik
(buatan
manusia)
ternyata
mengandungi
ftalat.
Ia
akan
menggangu
endokrin
tubuh!
Bukan itu
saja,
kandungan
paraben
dalam
sesetengah
produk
hand sanitizer juga sangat
berisiko
untuk
menggangu
kesihatan
biarpun
fungsinya
dalam
produk
kosmetik
adalah
untuk
memanjangkan
jangka
hayat
sesebuah
produk
tersebut.
5. Risiko
keracunan
alkohol
Untuk pengetahuan
anda,
sumber
elemen
bahan
aktif
dalam
cairan
hand sanitizer adalah dari
jenis
antibakteria
beralkohol
yang bertindak
untuk
membunuh
kuman.
Menurut
1 kes
yang berlaku
di California, seorang remaja
terpaksa
dikejarkan
ke
hospital gara-gara
keracunan
alkohol
yang dipercayai
terkandung
dalam
hand sanitizer.
Kesimpulannya, anda perlu berhati-hati dalam menggunakan hand sanitizer.Perlulah diingatkan bahawa fungsinya tidak dapat menggantikan kaedah membasuh tangan dalam menjamin kebersihan tangan kita. Namun, ia merupakan satu alternatif yang berkesan dalam membasmi sekumpulan besar mikroorganisma terutamanya hand sanitizer yang mempunyai kepekatan alkohol yang tinggi.
Untuk pelbagai info mengenai kes kovid terkini sila klik link dibawah
Berminat menyertai group whatsapp untuk berkongsi tips kebersihan? Klik link dibawah
Comments
Post a Comment