Kegunaan Cecair Pembasmi Kuman
Cecair pembasmi kuman merupakan satu cecair yang penting pada era sekarang. Kegunaannya sudah menjadi satu keperluan memandangkan kita sedang berperang dengan pandemik #CoronaVirusDisease2019 ini.
Kajian telah membuktikan bahawa kandungan yang ada dalam cecair ini boleh mematikan virus dengan wujudnya kluster-kluster baru hampir setiap hari. Kita disarankan menggunakan cecair ini untuk terus memutuskan rantaian ini dari terus merebak.
Kita semua disarankan menggunakan cecair ini kerana kita tidak tahu permukaan yang kita semtuh bersih atau pun tidak. Dengan penggunaan cecair ini, kita sedikit sebanyak dapat mematikan kuman dari ianya terus merebak.
Kita juga perlu berhati-hati dengan pengeluar yang tidak bertanggungjawab. Kandungan yang digunakan untuk menghasilkan cecair itu tidak diketahui dan kandungannya mungkin berbahaya kerana tidak mendapat kelulusan dari KKM. Pengguna harus bijak dalam membeli cecair ini.
Kandungan Cecair yang Disarankan
Pengguna disarankan menggunakan cecair pembasmi kuman yang mengandungi kadar alkohol 60 hingga 80 peratus untuk membasmi kuman yang melekat pada permukaan tangan.
Koordinator Perubatan Malaysian Medical Relief Society (Mercy Malaysia), Masniza Mustaffa berkata, peratusan yang sama juga disarankan bagi cecair pembasmi kuman bebas alkohol yang menggunakan kompaun kimia 'quaternary ammonium' iaitu benzalkonium klorida.
Kadar alkohol tinggi lebih 80 peratus adalah kurang sesuai kerana sifat bahan itu cepat kering selain menyebabkan kulit menjadi kering dan merekah.
Cara penggunaan cecair itu sama seperti amalan mencuci tangan tetapi tempoh lebih singkat kerana cecair pembasmi kuman cepat kering.
Untuk kesan maksimum, amat disarankan mencuci tangan dengan bersih supaya tiada kekotoran yang menghalang cecair pembasmi kuman ketika disapu pada permukaan kulit.
Antara jenis kompaun kimia beralkohol yang digunakan dalam cecair pembasmi kuman adalah ethanol (ethyl alcohol), 'rubbing alcohol' atau ' isopropyl alcohol'.
Cecair pembasmi kuman jenis gel atau lebih cair (berasaskan air) dan tisu basah boleh digunakan jika kandungan bahan beralkohol itu pada kadar 60 hingga 80 peratus.
Amalan membasuh tangan dengan sabun secara kerap dan bersih merupakan cara paling mudah serta berkesan untuk membendung jangkitan kuman.
Cecair Pembasmi Kuman yang Berkesan
Ada banyak jenis cecair pembasmi kuman yang ada di pasaran. Ada juga pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan mencipta satu cecair pembasmi kuman yang tidak pasti kandungannya selamat atau pun tidak untuk digunakan.
Gunakan cecair yang mendapat kelulusan dari KKM supaya rantaian virus ini dapat terus kita putuskan.
Cleancare Liquid Hand Sanitizer merupakan satu cecair pembasmi kuman yang mengandungi Ethanol, Isopropyl alcohol, Glycerine benzykonium chloride dan juga Ethyl alcohol. Bahan-bahan ini telah disahkan selamat digunakan dan mampu membunuh virus.
Harga asal adalah RM40.00 tetapi dengan permintaan tinggi yang telah menjadi satu keperluan, kami turunkan dengan harga RM35.00 sahaja untuk 500ml. Cecair ini berdasarkan air dan bukan minyak atau gel. Cecair pembasmi kuman yang berdasarkan air bertindak lebih pantas berbanding minyak atau pun gel. Cleancare ini mengandungi 80% alcohol yang disarankan oleh kerajaan. Kandungan ini dapat membunuh kuman/virus dengan cepat dan selamat digunakan.
Sila whatsapp kami untuk tempahan:
http://www.wasap.my/+60126494786
http://www.wasap.my/+60126494786
http://www.wasap.my/+60126494786
TEL: 03-6187 6866
WEBSITE: http://www.sghygiene.com.my
EMAIL: enquiry@sghygiene.com.my
Comments
Post a Comment