4 Individu Ini LEBIH Berisiko Terkena COVID-19, Info Lengkap Virus Korona Anda Wajib Tahu!

 


Pada penghujung tahun 2019,beberapa kes pneumonia telah dikenal pasti di kota Wuhan yang terletak di wilayah Hubei.

Virus tersebut berasal dari keluarga coronaviridae dan dikenal pasti sebagai subspesies baharu yang kemudiannya diberikan nama corona virus disease 2019 (COVID-19).

Sehingga kini, virus tersebut telah menjangkiti lebih 300,000 individu di seluruh dunia dan telah meragut hampir 15,000 nyawa. 

1. Apakah simptom jangkitan COVID-19?



Virus korona adalah virus yang menjangkiti saluran pernafasan manusia.

Ini bermakna, majoriti simptom yang direkodkan berkaitan saluran pernafasan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah membuat analisis berkaitan dengan 55,000 kes positif COVID-19 yang disahkan di China.

Berdasarkan kajian tersebut, terdapat beberapa simptom lain yang boleh dialami oleh individu yang dijangkiti wabak.

Antaranya:

  1. Kelesuan
  2. Sakit sendi/tulang
  3. Sakit tekak
  4. Sakit kepala
  5. Kesejukan
  6. Muntah dan loya
  7. Cirit-birit

Namun, perlu diingatkan juga, bukan semua individu berjangkit menunjukkan simptom.


2. Bagaimana virus ini tersebar?



Virus korona baharu berupaya untuk tersebar melalui titisan udara.

Oleh sebab ia masih baru, pakar di seluruh dunia sedang cuba untuk mengkaji jika ada kaedah penyebaran lain.

Setakat ini, kebanyakan kajian menunjukkan:

  1. COVID-19 berupaya tersebar dari satu individu ke individu lain dalam lingkungan jarak 2 meter. Ia berlaku kerana bersin atau batuk.
  2. Virus boleh hidup di luar badan manusia dalam tempoh lama. Individu yang ada kontak dengan permukaan berisiko boleh alami jangkitan jika menyentuh muka selepas itu.
  3. Walau bagaimanapun, menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), ini bukan satu penyebaran utama.
  4. COVID-19 boleh disebarkan oleh individu berjangkit walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang simptom.
  5. Menurut CDC, virus korona baharu boleh tersebar dengan mudah dalam satu komuniti.

3. Adakah virus ini boleh tersebar melalui barang online dari negara China?



Kebanyakan negara mengimplementasikan prosedur pembasmian kuman sebelum barangan mereka dieksport keluar.

Namun, jika prosedur tersebut tidak dilaksanakan sekalipun, risiko untuk mendapat jangkitan sangat rendah.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa COVID-19 boleh hidup di luar badan sehingga 9 hari.

Kaedah penyebaran virus utama adalah melalui titisan udara. Sehingga kini, tiada bukti yang menunjukkan COVID-19 mampu tersebar melalui barang yang ditempah online.

4. Adakah pemakaian topeng muka mampu menghindar jangkitan COVID-19? 



Secara umumnya, ia bergantung pada situasi.

Jika anda sihat, maka perlindungan yang diberikan oleh topeng muka tersebut hanyalah pada kadar sederhana.

WHO menggalakkan penggunaan topeng muka pada mereka yang sakit dan individu yang menjaga pesakit (frontliner).

Jika anda tidak tergolong dalam kumpulan tersebut, penggunaan topeng muka cumalah satu langkah pembaziran.

Cara terbaik untuk menghindarkan jangkitan COVID-19 adalah dengan mencuci tangan secara kerap.


5. Adakah saya berisiko mendapat jangkitan COVID-19?


Risiko mendapat jangkitan COVID-19 bergantung pada beberapa faktor seperti usia, penyakit kronik, imuniti badan dan faktor lokasi.

Artikel berkaitanUsia Muda BUKAN Jaminan Terlepas COVID-19, Malah Simptom Lebih Buruk!

Jumlah pesakit yang didiagnosis positif COVID-19 semakin meningkat di Malaysia. Tanpa langkah pencegahan, anda berisiko tinggi mendapat jangkitan!

Kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan dan amalan jarak sosial bagi membendung wabak ini daripada terus menular. 

Namun, jika langkah pencegahan tersebut diambil sambil lewa, kita bakal menyaksikan peningkatan mendadak pada gelombang ketiga wabak virus korona!

Antara individu yang berisiko adalah:

  1. Golongan tua
  2. Lelaki 
  3. Individu yang mempunyai penyakit kronik (penyakit peparu, kencing manis, masalah jantung)
  4. Individu yang merokok

6. Adakah COVID-19 sama dengan SARS?

Wabak epidemik sindrom pernafasan akut teruk (SARS) yang pernah berlaku pada 2003 turut disebabkan virus yang berasal daripada keluarga coronaviridae.

Jika dibandingkan dengan COVID-19, ia mempunyai struktur genetik yang hampir sama, namun berbeza.

Sebab itu COVID-19 pernah digelar SARS-CoV 2 berikutan persamaannya dengan struktur virus SARS-CoV.


7. Rumah kotor boleh tingkatkan risiko jangkitan wabak ke?

Oleh sebab COVID-19 boleh hidup lama di luar badan manusia, pembersihan rumah perlu dilakukan secara berkala

Perkakasan, peralatan atau bahagian rumah yang banyak disentuh seperti tombol pintu, kabinet dapur, remote televisyen dan sebagainya perlu dibersihkan secara kerap.

Jika dalam kalangan keluarga, ada individu yang dikuarantin atau diisolasi, pastikan anda mengelap permukaan yang disentuh oleh mereka menggunakan cecair pembasmi kuman.

Rumah yang kotor boleh menyebabkan penularan virus berlaku dengan lebih mudah.Oleh sebab COVID-19 boleh hidup lama di luar badan manusia, pembersihan rumah perlu dilakukan secara berkala

Perkakasan, peralatan atau bahagian rumah yang banyak disentuh seperti tombol pintu, kabinet dapur, remote televisyen dan sebagainya perlu dibersihkan secara kerap.

Jika dalam kalangan keluarga, ada individu yang dikuarantin atau diisolasi, pastikan anda mengelap permukaan yang disentuh oleh mereka menggunakan cecair pembasmi kuman.

Rumah yang kotor boleh menyebabkan penularan virus berlaku dengan lebih mudah.


8. Apakah langkah yang boleh diambil bagi menghindari jangkitan virus korona?

WHO dan KKM menyarankan setiap individu untuk mencuci tangan secara kerap. Setiap sesi perlu dilakukan sekurang-kurangnya selama 20 saat

Walaupun ramai individu lebih suka menggunakan hand sanitizer namun, penggunaan air dan sabun adalah lebih berkesan.

Lapisan luar virus korona yang diperbuat daripada lemak merupakan lapisan yang memberikan sokongan lemah kepada struktur virus.

Ia mudah untuk sebati bersama sabun. Kesannya, virus tersebut dapat dibasmi dengan mudah.

Jika tiada air dan sabun, anda boleh menggunakan hand sanitizer dengan kepekatan alkohol sekurang-kurangnya 60%.

Selain itu amalan jarak sosial juga boleh memberikan perlindungan kepada anda.

Topeng muka hanya boleh dipakai sekiranya anda menjaga pesakit COVID-19. Jika tidak, elakkan daripada memakainya.

Comments