Kita selalu cuba mengelak udara yang berada di luar seperti jerebu, asap kenderaan ataupun asap rokok dengan duduk di dalam rumah. Kita semua tahu udara kotor di luar mampu menyebabkan penyakit. Tetapi, kita mungkin tak sedar tentang kualiti udara di rumah kita sendiri.
Sebenarnya, udara di rumah kita tidaklah sebersih yang disangka. Malah, kajian sendiri mendapati udara di rumah jauh lebih kotor daripada udara di luar.
APA PUNCA UDARA DALAM RUMAH BOLEH KOTOR?
Salah satu faktor utama udara dalam rumah boleh kotor ialah habuk-habuk dan debu-debu di perabot yang tidak dicuci. Ini sangat membahayakan dan boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit dalam jangka masa panjang dan juga pendek.
Oleh itu, kita perlu mengambil langkah untuk mengatasi masalah untuk membersihkan pengudaraan di dalam rumah.Karpet yang tidak pernah/sudah lama tidak dicuci merupakan faktor utama pengudaraan dalam rumah menjadi kotor.
MENGAPA KARPET BOLEH JADI SANGAT KOTOR?
Karpet merupakan satu perhiasan yang digunakan di tempat yang lapang untuk menghias dengan tujuan kawasan itu nampak lebih kemas. Karpet digunakan setiap masa untuk kita berjalan, duduk, mahupun baring jika ia berada di ruang tamu.
Karpet merupakan antara tempat biakan bakteria yang paling aktif. Terdapat banyak jenis bakteria/virus.
Pengguna yang menggunakan karpet itu datang dari pelbagai tempat dan menggunakan karpet tersebut. Bakteria/virus secara langsung akan melekat pada karpet dan pengguna lain boleh berjangkit dan menyebarkan bakteria/virus secara tidak sedar apabila menggunakan karpet itu.
BAGAIMANA CARA NAK BERSIHKAN KARPET?
Sebenarnya, vakum karpet tidak memadai kerana vakum bertindak hanya menyedut debu dan juga habuk. Bakteria tidak akan hilang kerana ianya bersifat melekat kepada sesuatu. Jadi, apa yang harus kita lakukan? Ada beberapa cara yang boleh kita gunakan untuk membersihkan karpet. Salah satu cara adalah dengan menggunakan air dan juga sabun. Tetapi tahukah anda, dengan menggunakan air dan juga sabun, ianya dapat MEROSAKKAN bulu-bulu karpet? Dari tegak, terus jatuh. Dari lembut, terus kasar. Dari gebu, jadi tidak gebu seperti dulu. Ini disebabkan oleh bahan-bahan kimia yang terdapat dalam sabun, ia memang membersihkan tetapi ia merosakkan sekali kualiti karpet itu.
Justeru itu, jika anda mencuci menggunakan air, bau karpet akan sedikit "kepam". Baunya sangat tidak menyenangkan. Jadi, bagaimana untuk memastikan kualiti karpet dalam keadaan yang baik apabila kita membersihkan karpet? Anda semua harus tau, apa itu cucian karpet secara kering (dry carpet cleaning). Jenis cucian ini akan menjaga kualiti karpet anda.
Dry Carpet Cleaning merupakan satu aktiviti pembersihan karpet dengan menggunakan serbuk microsponge. Ianya bertindak melarutkan dan menyerap kotoran berasaskan minyak dan air sekaligus menghilangkan bau busuk. Microsponges ini 100% diperbuat dari serat biodegradble, semulajadi, lembut seperti span, cellulose, microsponge ini telah dibasahi dengan bahan pembersih yang tepat untuk melarutkan dan menghilangkan kotoran serta bakteria/virus.
APA KELEBIHAN DRY CARPET CLEANING?
ü Pembersihan tanpa air (menggunakan microsponge dan mesin untuk menggerakkan microsponge berfungsi).
ü Sesuai untuk semua jenis karpet
ü Karpet boleh digunakan sejurus selepas selesai aktiviti pembersihan (tidak basah)
ü Membersihkan hingga ke dasar karpet
ü Bulu karpet kembali pulih
ü Tidak mempunyai bahan terlarang seperti toksik dan dijamin 100% selamat
Kami mempunyai kepakaran lebih dari 25 tahun dalam perkhidmatan pembersihan. Mencegah lebih baik dari mengubati.
Sila whatsapp kami untuk tempahan:
http://www.wasap.my/+60126494786
http://www.wasap.my/+60126494786
http://www.wasap.my/+60126494786
TEL: 03-6187 6866
WEBSITE: http://www.sghygiene.com.my
EMAIL: enquiry@sghygiene.com.my
Comments
Post a Comment