Apa Yang Akan Berlaku Selepas Proses Sanitasi, Dekontaminasi Dan Disinfeksi Di Dalam Satu Ruang?

 

Gambar Hiasan

Membunuh kuman secara 100% merupakan perkara yang agak mustahil kerana jumlah kuman yang ada tidak terkira. Kuman juga boleh hidup di mana-mana permukaan sekali pun. Apa yang kita harus lakukan? Kita boleh cegah kuman dari terus membiak di satu permukaan itu dengan cara sanitasi, disinfeksi dan juga dekontaminasi.

Proses ini mampu nyahkuman dari permukaan tersebut sama ada kuman itu terus mati atau pun terbang ke tempat lain. Kita tidak boleh melihat kuman dengan mata kasar, oleh sebab itu kita harus berjaga-jaga. Bukan untuk melawan wabak #Covid19 sahaja, kita juga terus boleh hidup dalam persekitaran yang bersih dan bebas dari kuman.

Steaming (Pengewapan)

Dalam melakukan proses disinfeksi, ada beberapa cara yang boleh digunakan. Antaranya ialah menggunakan pengewapan (steam). Untuk pengetahuan anda, kuman akan mati jika terkena suhu yang panas iaitu 100 darjah ke atas. Proses steam ini mempunyai tahap panas yang mencukupi untuk terus membunuh kuman itu iaitu pada tahap 154 darjah. Ini secara langsung akan menyahkuman dari kawasan yang diwap.

Floral Disinfectant 250ml/5Litre/20Litre

Selain itu, cecair kimia boleh juga digunakan untuk mematikan kuman. Terdapat banyak jenis cecair yang boleh digunakan contohnya Floral Disinfectant. Apa fungsi bahan kimia ini? Bahan ini sangat sesuai digunakan di tempat yang memerlukan kimia yang kuat untuk membunuh kuman contohnya tempat pembuangan sampah, longkang dan juga tandas. Selain tempat yang dinyatakan, permukaan yang kerap di sentuh juga sesuai digunakan seperti kerusi, meja, tombol pintu dan sebagainya. Cecair ini sangat kuat dan boleh membunuh sehingga 99.99% kuman.


Bagaimana Jika Kuman Itu Tidak Mati Dan Jatuh Ke Bawah Selepas Proses Ini?

Apa yang cuba dimaksudkan apabila kuman jatuh ke bawah ialah apabila kuman itu membiak di tempat lain contohnya lantai/karpet. Punca karpet berbau ialah apabila kuman membiak. Bau yang busuk datangnya dari kuman yang terlalu banyak walaupun kita tidak nampak kuman itu dengan mata kasar. Bagaimana nak tangani jika kuman banyak jatuh ke bawah? Jika di bawah itu lantai, kita boleh cuci dengan menggunakan sabun pencuci tetapi jika di bawah itu ialah karpet, bagaimana hendak kita bersihkan?

Galeri Potret: # 064 Perkakas Tradisi ( Traditional appliances )

Cara yang tradisional adalah dengan menggunakan penyapu lidi dan menyapu seluruh permaidani. Cara yang moden dengan menggunakan vakum. Tahukah anda, dua kaedah ini hanya menyedut debu dan juga habuk tetapi tidak kepada kuman? Kuman bersifat melekat kepada sesuatu dan tidak akan dapat digerakkan. Jadi bagaimana hendak tangani? Kita boleh menggunakan air dan sabun pencuci. Kaedah ini digunakan di kebanyakan tempat. Kesan sampingan dari kaedah ini akan membuatkan karpet berbau disebabkan bahagian bawah karpet yang basah dan bukan mudah untuk kering. Untuk pengetahuan, bau kepam ini datang dari satu tempat pembiakan kuman. Kuman terbentuk jika ada angin dan juga air.


Dry Carpet Cleaning (cucian karpet kering) merupakan satu kaedah yang pencucian yang tidak menggunakan air. Proses cucian jauh lebih cepat berbanding kaedah-kaedah yang lain. Salah satu bahan yang digunakan dalam kaedah ini ialai microsponges. Bahan ini bertindak menyerap semua kotoran yang ada pada karpet. Semasa proses vakum microsponges, mesin yang menyedut microsponges dalam masa yang sama membaik pulih kualiti karpet dengan putaran dari mesin seperti tayar untuk menaikkan semula bulu karpet kembali gebu seperti asal.


 Sila whatsapp kami untuk tempahan:

http://www.wasap.my/+60126494786

http://www.wasap.my/+60126494786

http://www.wasap.my/+60126494786 

TEL: 03-6187 6866

WEBSITE: http://www.sghygiene.com.my

EMAIL: enquiry@sghygiene.com.my



















Comments