Masjid dan Surau di Selangor Dibuka dan Dibenarkan Solat Jumaat, Fardu Mulai Hari Ini



Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKPK) dilaksanakan, rumah ibadat seperti masjid atau surau juga ditutup untuk sebarang urusan termasuk menunaikan solat Jumaat. Namun, melihat kepada draf kes yang semakin menurun, kerajaan melonggarkan SOP bilangan jemaah menunaikan solat di masjid.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan semua masjid dan surau dibuka untuk mendirikan solat Jumaat, berkuat kuasa 3 Julai, iaitu pada hari ini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohammad Munir Bani berkata, bagaimanapun bilangan jemaah yang boleh menunaikan solat pada satu-satu masa di masjid serta surau di Selangor masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ibadah Solat dan Limitasi Bilangan Jemaah

"Bagi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya, jumlah jemaah yang ditetapkan bagi Solat Jumaat dan solat fardu adalah seramai 1,000 orang, tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid.


"Manakala jumlah jemaah bagi semua masjid lain untuk solat Jumaat dan solat fardhu ditetapkan maksimum 500 orang, tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid yang mana ia tertakluk kepada kapasiti masjid berkenaan," kata Datuk Mohammad Munir Bani dalam kenyataan pada Rabu.
"Jumlah kehadiran jemaah di surau kebenaran solat Jumaat bagi mendirikan solat itu dan solat fardu ditetapkan 40 orang tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa surau," katanya.

Ibadah Korban di Masjid
Beliau dalam pada itu juga berkata, Sultan Selangor turut bertitah ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha hanya boleh dilaksanakan di masjid. Bagaimanapun katanya, bagi surau yang telah merancang melakukan ibadah korban, boleh melaksanakannya di masjid berdekatan.
Datuk Mohammad Munir Bani berkata, segala pelaksanaan dan urusan pentadbiran berkaitan titah terbaharu Sultan Selangor akan dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta jawatankuasa masjid dan surau berkaitan.
“Baginda turut menitahkan supaya semua jemaah mematuhi SOP yang ditetapkan khususnya berwuduk di rumah, membawa sejadah masing-masing, memakai pelitup separuh muka semasa hadir ke masjid atau surau serta mengamalkan penjarakan sosial. Mereka yang tidak sihat dilarang untuk solat di masjid serta surau,” katanya. 
Konklusi
Kepada sesiapa yang pergi ke masjid atau surau bagi menunaikan tuntutan agama, mereka berpotensi untuk terkena jangkitan virus yang masih bebas di luar sana. Justeru, menjadi tanggungjawab masyarakat untuk kekal patuh pada SOP dan amalkan kawalan kendiri bagi bersama-sama memutuskan sepenuhnya rantaian penularan COVID-19 dalam negara. 

Jika anda risau berkaitan persekitaran dan barangan anda, mungkin barangan tersebut boleh disinfektan terlebih dahulu untuk kekal bersih dan selamat.
Dapatkan produk disinfektant SG Floral dari kami...membunuh 99.9% kuman dan bakteria berbahaya!

Untuk pelbagai info mengenai kes Covid-19 yang terkini, sila klik link dibawah


Berminat untuk menyertai group whatsapp untuk berkongsi tips kebersihan? Boleh klik link yang disertakan dibawah


Comments