Kolam Renang Sudah Dibuka, Bagaimana Nak Pastikan Kita Selamat Dari COVID-19?

Peminat sukan renang pasti sudah tidak sabar menunggu pusat akuatik untuk dibuka semula. Pasti ramai yang ingin berenang di kolam renang untuk menghilangkan stres.

Menteri Kanan (Kluster Kementerian) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberikan semula kebenaran melakukan aktiviti kolam renang bermula sejak 1 Julai yang lalu. 

Menurut beliau, kebenaran itu akan berdasarkan beberapa pematuhan seperti yang telah ditetapkan. Aktiviti riadah renang boleh dilakukan di kolam awam, hotel, kondominium, kawasan terkawal (gated community) serta kolam renang persendirian.

Berikut adalah syarat yang ditetapkan:
  • Lokasi kolam renang mesti ada pengawal atau penyelia
  • Jumlah pengguna dalam kolam dibenarkan adalah berdasarkan kapasiti dan keluasan kolam renang
  • Pihak pengerusan perlu membuat pendaftaran kapasiti dan keluasan kolam renang dengan Kementerian Perdaganngan Antarabangsa dan Industri (MITI) di laman web NOTIFICATION.MITI.GOV.MY dan pihak berkuasa tempatan (PBT)
Selain kolam renang, aktiviti pelancongan air seperti sungai, pantai, laut dan tasik juga sudah dibenarkan dengan syarat mematuhi SOP. Bagaimanapun, taman tema air masih tidak dibenarkan lagi untuk beroperasi.

Di Amerika Syarikat, aktiviti berenang telah dibuka semula di beberapa kawasan dengan syarat mereka mengikut SOP yang telah ditetapkan. Manakala, di Ohio pula, kolam renang boleh dibuka bagi kegunaan awam jika mereka mengikuti garis panduan yang disediakan.

Berenang Di Kolam Renang, Boleh Ke?
Namun, ketika terbayangkan keadaan kolam yang selalu sesak dan tempat tukar pakaian yang sempit, pasti anda berasa ragu akan keselamatan diri. Sebenarnya, tidak mustahil untuk anda elakkan jangkitan ketika berenang di kolam mandi.

Nak tahu bagaimana? Artikel ini akan mengupas risiko berenang dan penggunaan kolam awam semasa COVID-19 serta cara-cara untuk anda kekal selamat. 

Kolam Renang Boleh Menyebarkan Virus Korona?

Menurut CDC, tiada sebarang bukti yang dapat mengesahkan bahawa virus COVID-19 dapat merebak melalui air di dalam kolam renang. 

Tambah mereka lagi, air kolam yang telah diselenggara dangan baik akan dirawat menggunakan klorin ataupun bromin mampu membunuh virus yang sedia ada.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menggariskan tahap klorinasi sebanyak 15 mg.min/liter yang mampu membunuh kebanyakan virus yang wujud.

Walau bagaimanapun, penularan virus korona masih berlaku di kawasan luar kolam renang.

Jika pengunjung dapat menjaga kebersihan diri dan menjaga jarak sosial, tidak mustahil untuk kita kembali berenang pada masa akan datang.

Para perenang juga dinasihatkan agar mematuhi langkah-langkah keselamatan seperti:
  • Tidak berenang jika mengalami luka yang terbuka
  • Tidak berenang jika mempunyai penyakit berjangkit seperti pink-eye (radang mata) atau Hepatitis A
  • Tidak berkongsi tuala
  • Mandi sebelum berenang
Anda juga haruslah mengamalkan langkah-langkah yang betul untuk mencegah penularan virus COVID-19. Sentiasa basuh tangan, pakai topeng muka, jaga jarak sosial dan amalkan penjagaan kebersihan diri.

Kolam Renang Yang Selamat Untuk Anda, Bagaimana Untuk Mengenal Pasti?
Pastinya anda tertanya-tanya sama ada kolam mandi yang ingin dikunjungi adalah selamat ataupun tidak.

CDC mempunyai garis panduan yang perlu diikuti oleh pengusaha kolam renang sekiranya mereka ingin membuka perkhidmatan mereka dalam masa yang terdekat.

Berikut merupakan antara contoh SOP yang perlu dipatuhi semasa COVID-19.

1. Menyediakan tempat basuh tangan ataupun hand sanitiser

Pekerja dan juga pengunjung kolam-kolam awam perlulah dibekalkan dengan sabun dan juga hand sanitiser yang mencukupi. Semua pengunjung dan staff haruslah membasuh tangan dengan kerap. 

2. Mengambil kira keluasan dan kapasiti pusat akuatik

Penggunaan kolam renang haruslah dihhadkan mengikut kapasiti untuk membolehkan pengunjung mematuhi jarak sosial masing-masing.

3. Pastikan kolam bersih dan kawasan sekitar telah melalui disinfeksi

Permukaan yang kerap disentuh seperti pemegang pintu, rel tangan, meja dan kerusi hendaklah melalui disinfeksi sebanyak mungkin.

Perkara yang sama juga haruslah dilakukan terhadap peralatan-peralatan yang digunakan di dalam kolam.

4. Pastikan sistem ventilasi mereka berfungsi

Sistem ventilasi adalah penting untuk memastikan kitaran pengudaraan yang baik.

Penggunaan kipas angin dan tindakan membuka tingkap untuk menggalakkan pengudaraan yang baik adalah digalakkan untuk merendahkan kadar jangkitan COVID-19.

5. Susun atur yang mesra pengguna

Susun atur perabot yang terbaik membolehkan para perenang menjaga jarak sosial masing-masing.

Selain itu, penggunaan pita pelekat, pembahagi fizikal dan papan tanda sebagai tanda amaran juga berkesan untuk menjaga jarak sosial dalam kalangan pengunjung.

6. Penggunaan tempat persalinan secara berkala

Tempat persalinan perlulah disinfeksi dalam kadar yang kerap.

Selain itu, penggunaan bilik persalinan juga perlu dijarakkan supaya mematuhi jarak sosial yang telah ditetapkan.

Kesimpulan

Kita masih lagi berlawan dengan pandemik COVID-19. Oleh itu, adalah lebih baik jika kita mengambil pendekatan berjaga-jaga.

Kepada pengguna aktif kolam renang, pembukaan semula pusat akuatik pasti menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan. Jika boleh, elak membawa kanak-kanak ke kolam mandi kerana mereka merupakan golongan yang berisiko.

Biasakan amalan seperti menutup muka ketika batuk, kerap basuh tangan, menggunakan hand sanitizer, memakai pelitup muka dan elakkan berkumpul terlalu ramai di satu tempat pada satu masa.


10 Seconds Sterilization and Multifunctional Disinfection
Clean Care Instant Hand Sanitizer adalah cecair yang biasanya digunakan untuk mengurangkan agen berjangkit pada tangan. Ia bertindak untuk membunuh 99.99% kuman dan virus tanpa memerlukan air. Secara amnya produk ini lebih berkesan membunuh mikroorganisma lebih baik daripada menggunakan sabun dan air.
Ciri-ciri produk:
✔️Cepat kering
✔️Pembasmian kuman
✔️Pensterilan berkesan
Sila whatsapp kami untuk tempahan:


📞 TEL: 03-6187 6866
📩 EMAIL: enquiry@sghygiene.com.my


Untuk pelbagai info mengenai kes Covid-19 yang terkini, sila klik link dibawah


Berminat untuk menyertai group whatsapp untuk berkongsi tips kebersihan? Boleh klik link yang disertakan dibawah








Comments