Jangan Gopoh, Ketahui Kriteria Penting Hand Sanitizer Sebelum Beli Online (Tak Boleh Berbau Wangi!)


Gel Pembersih Tangan

Mencuci tangan adalah cara terbaik menjaga kebersihan diri ketika penularan wabak COVID-19. Tiada apa yang boleh menandingi kebaikan mencuci tangan sebagai 1 cara pencegahan yang diamalkan sejak dahulu. 

Namun, jika tidak terdapat air dan sabun, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Jangkitan (CDC), individu boleh menggunakan gel pembersih tangan atau hand sanitizer berasaskan alkohol. 


Jutaan klik telah dibuat di pasar raya online untuk pembelian hand sanitizer semenjak dunia dilanda dengan wabak virus korona baharu (COVID-19). Ada juga individu yang membuat pembersih tangan antiseptik sendiri berikutan kosnya yang kian meningkat.
Permintaan tinggi ditambah pula dengan ancaman virus pandemik telah mewujudkan satu bentuk desakan umum.

Kesannya, ramai yang tidak kisah untuk membelanjakan sejumlah wang untuk pembelian pembersih tangan antiseptik online tanpa melihat kepada faktor keberkesanan produk. Dapatkah ia membantu mencegah penularan wabak COVID-19? 
Parameter Standard bagi Pembuatan Hand Sanitizer




Jangkitan ini bukan sahaja dicatatkan di China, tetapidirekodkan di lebih 195 buah negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, Perancis dan juga Vietnam. Lebih 9 juta individu menjadi mangsa jangkitan sejak hujung bulan Jun yang lalu.
Novel coronavirus atau nama barunya Covid-19, dikatakan sama seperti 'adik-beradiknya' yang lain iaitu SARS-CoV, MERS-CoV. Ia dianggap berpotensi menyebabkan masalah pernafasan teruk. 
Maka, jumlah pengeluar produk hand sanitizer meningkat hari demi hari berikutan permintaannya yang sentiasa ada. Kebanyakan perkhidmatan menggalakkan pengguna untuk memakai topeng muka dan menggunakan pembersih tangan sekerap mungkin.
Bahkan, setiap pintu masuk premis perniagaan sudah dilengkapi dengan kaunter pendaftaran pelanggan berserta keperluan asas untuk hindar jangkitan seperti hand sanitizer.
Melihat kepada keperluan tersebut, produk sanitizer yang dihasilkan terutamanya dari luar negara dipantau oleh badan kesihatan berdaftar bagi mengesahkan profil keselamatan dan keberkesanannya.
Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, lebih daripada 1,500 pengeluar hand sanitizer telah berdaftar dengan Food and Drug Administration (FDA).
Oleh kerana jumlah pengeluar baharu meningkat, pemantauan terhadap produk yang akan dipasarkan penting untuk mengelakkan masalah yang tidak diingini berlaku.
Selain daripada kriteria seperti kepekatan alkohol dan sebagainya, pengusaha perlu memastikan sanitizer yang dihasilkan tidak mempunyai bau-bauan yang boleh membangkitkan “selera” pengguna.
Perkara ini penting bagi pengguna kanak-kanak yang berisiko untuk makan pembersih tangan antiseptik yang dihasilkan.
Jika produk yang dijual tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa, ia berisiko untuk mengakibatkan kesan buruk kepada pengguna.
Beberapa Faktor Perlu Dititikberatkan Dalam Penghasilan Pembersih Tangan Antiseptik

Dalam keadaan kecemasan global, FDA telah membenarkan syarikat tidak berlesen untuk menjual pembersih tangan dengan syarat ia mesti berdaftar. Produk yang diluluskan untuk tujuan pemasaran akan tersenarai dalam laman web FDA untuk kegunaan orang awam.
Walaupun secara amnya kita faham bahawa kepekatan alkohol di dalam pembersih tangan ini perlu sekurang-kurangnya 60%, tapi pembuatannya perlu melibatkan kepekatan alkohol yang jauh lebih tinggi. Campuran bahan asas hand sanitizer akan menyebabkan kepekatan tersebut menurun.
Menurut WHO, alkohol mampu mengurangkan jumlah virus dalam tubuh badan, terutamanya flu. Memandangkan virus ini juga menyebabkan simptom seakan flu, jadi alkohol mungkin boleh membantu.
Ini kerana 70% ethyl yang terkandung dalam alkohol adalah pembasmi virus yang cukup kuat. Disebabkan itu, ia sering digunakan untuk mencuci permukaan barangan yang berukuran kecil seperti termometer suhu dan lain-lain.
FDA telah menyarankan kepekatan alkohol (ethanol) tidak kurang daripada 94.9% atau penggunaan alkohol isopropil gred USP (99% alkohol).
Produk yang terhasil perlulah patuh dengan garis panduan yang telah dibuat oleh badan kesihatan global; hand sanitizer dengan kepekatan alkohol sekurang-kurangnya 60%. Kualiti dan profil keselamatan bagi produk tersebut akan dipertanggungjawabkan kepada syarikat yang mengeluarkannya.
Isu seperti bahan yang boleh menyebabkan kesan alergi perlu diambil serius bagi memastikan kualiti servis terbaik buat pengguna. Penggunaan alkohol nyahasli (denatured alcohol) diwajibkan bagi menggelakkan insiden minum hand sanitizer terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
Campuran bahan yang boleh mengubah bau dan rasa alkohol tidak dibenarkan sama sekali bagi memastikan produk tersebut selamat digunakan.
Lindungi Diri Daripada Virus Korona Baharu Dengan Menggunakan Hand Sanitizer Sebaiknya



Banyak kajian telah menunjukkan bahawa, hand sanitizer berkesan dalam perkhidmatan klinikal seperti hospital, kerana tangan tidak terlalu kotor dengan tanah dan berminyak. Ini kerana, menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), hand sanitizer sebaiknya digunakan pada permukaan tangan yang bersih (tidak berminyak atau kotor).

Ini berikutan tujuan penggunaannya adalah untuk membunuh kuman, bukannya membersihkan kotoran di tangan. Oleh sebab itulah ia berkesan untuk digunakan dalam situasi klinikal (hospital).

Jika anda perasan, doktor akan menggunakan hand sanitizer apabila berjumpa dengan pesakit baharu. Jika ada 20 pesakit, mereka akan menggunakan cecair alkohol tersebut sekurang-kurangnya 20 kali.
Ia lebih mudah, praktikal dan menjimatkan masa berbanding dengan amalan cuci tangan dengan air dan sabun. Kepekatan alkohol dalam pembersih tangan tersebut perlulah di antara 60 hingga 95 peratus bagi memastikan ia berkesan untuk membasmi kuman.
Menggunakan Gel Pembersih Tangan

Terdapat 2 perkara penting yang perlu anda pastikan ketika ingin menggunakan gel pembersih tangan, iaitu:
  1. Anda perlu menggosok gel pembersih pada tapak tangan sehingga kering.
  2. Jika tangan anda kotor, jangan terus gunakan hand sanitizer. Euww…kotor! Basuh tangan terlebih dahulu dengan air dan sabun, okay?
Berikut adalah 3 tip untuk menggunakan gel pembersih secara efektif:
  • Tuangkan atau semburkan gel pembersih pada sebelah tapak tangan
  • Gosokkan kedua-dua belah tapak tangan dengan baik. Pastikan anda menggosok pada setiap bahagian permukaan tapak tangan dan jari
  • Teruskkan menggosok untuk tempoh 30 hingga 60 saat atau sehingga kering
Bolehkah Ia Membunuh Kuman?

CDC memberitahu bahawa gel pembersih tangan berasaskan alkohol yang memenuhi syarat keperluan tahap alkohol boleh membunuh sejumlah mikrob pada tangan.
Ia juga membantu memusnahkan agen penyebab jangkitan atau patogen pada tangan, termasuklah wabak COVID-19, SARS-CoV-2.
10 Seconds Sterilization and Multifunctional Disinfection

Clean Care Instant Hand Sanitizer adalah cecair yang biasanya digunakan untuk mengurangkan agen berjangkit pada tangan. Ia bertindak untuk membunuh 99.99% kuman dan virus tanpa memerlukan air. Secara amnya produk ini lebih berkesan membunuh mikroorganisma lebih baik daripada menggunakan sabun dan air.
Ciri-ciri produk:
✔️Cepat kering
✔️Pembasmian kuman
✔️Pensterilan berkesan
Sila whatsapp kami untuk tempahan:


📞 TEL: 03-6187 6866
📩 EMAIL: enquiry@sghygiene.com.my


Untuk pelbagai info mengenai kes Covid-19 yang terkini, sila klik link dibawah


Berminat untuk menyertai group whatsapp untuk berkongsi tips kebersihan? Boleh klik link yang disertakan dibawah




Comments