Kalau Nak Tempah Hotel, Ikut 9 Langkah Ini Elak COVID-19

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah bermula, maka lebih banyak sektor telah dibenarkan beroperasi termasuklah hotel di Malaysia.
Semakin banyak hotel di Malaysia kini telah bersedia menyambut kedatangan pelancong tempatan untuk bercuti dalam Malaysia.
Antara kerisauan utama bakal pelancong adalah persediaan hotel di Malaysia untuk menyambut kehadiran tetamu. 

Adakah selamat untuk saya check-in hotel di Malaysia ketika pandemik COVID-19 ini?


Mengikut panduan melancong ketika pandemik yang dikeluarkan olehCenter for Disease Control(CDC), langkah terbaik yang sepatutnya diambil pada ketika ini adalah dengan kekal duduk di rumah.
Apatah lagi jika anda sedang tidak sihat, atau mempunyai ahli keluarga yang tidak sihat, anda semestinya amat digalakkan untuk berada di rumah sahaja. 
Namun, jika anda benar-benar ingin bercuti dalam Malaysia dancheck-indi hotel, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian serius.

#1. Peluang untuk mempunyai kontak dengan individu lain

Hotel biasanya dipenuhi dengan ramai pelancong, apatah lagi dengan promosi dan diskaun yang dilakukan pasca PKPB.
Memandangkan virus COVID-19 tersebar dengan hanya titisan air di udara, hotel-hotel penginapan boleh menjadi antara lokasihotspotuntuk anda lebih mudah dijangkiti oleh virus ini. 
Baca juga:

#2. Kakitangan housekeeping hotel

Mungkin anda terfikir, anda akan selamat dengan hanya berkurung di dalam bilik hotel dan tidak mempunyai kontak langsung dengan pelancong lain di hotel.
Namun, anda mungkin tidak sedar kemungkinan agen pembawa kuman dari bilik ke bilik di hotel tersebut. Sebagai contoh, stafhousekeeping.
Stafhousekeepingini akan masuk ke setiap bilik bagi tujuan pengemasan bilik.
Cuba bayangkan jika salah satu bilik di hotel tersebut dihuni oleh mereka yang dijangkiti? Risiko untuk anda dijangkiti akan menjadi lebih tinggi.

#3. Kunci atau kad akses bilik hotel di Malaysia 

Kunci atau kad akses bilik menjadi antara benda yang paling banyak disentuh atau bertukar tangan di hotel penginapan.
Sebelum anda check-in, mungkin telah ada ratusan individu lain yang menyentuh kunci atau kad akses tersebut.
Memandangkan jangka hayat virus COVID-19 ini boleh bertahan agak lama di luar tubuh manusia, tidak mustahil jika ia masih ada pada kad akses tersebut jika telah disentuh oleh individu yang dijangkiti. 

Jadi, apakah langkah berjaga-jaga untuk elak COVID-19 ketika menginap hotel di Malaysia?

Jika anda tiada tempat penginapan lain dan benar-benar perlu check-in hotel di Malaysia ketika bercuti, ini adalah antara perkara atau tip pencegahan jangkitan yang boleh anda praktikkan.

#1. Pakai topeng muka sepanjang melancong

Anda disarankan untuk memakai topeng muka sepanjang masa sewaktu keluar rumah, sesuai dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Pemakaian topeng muka ini bukan hanya perlu dilakukan sewaktu mendaftar masuk ke hotel, tetapi juga sebelum anda memulakan perjalanan percutian anda. 

#2. Gunakan tanda ‘Don’t Disturb

Untuk mengurangkan risiko kontak dengan individu lain seperti staf housekeeping, elakkan mereka daripada memasuki bilik tidur anda dengan menggunakan tanda ‘Don’t Disturb’ yang disediakan oleh pihak hotel.
Gantungkannya di luar tombol pintu bilik anda pada waktu pagi kerana housekeeping akan datang pada waktu siang untuk mengemas bilik. 

#3. Bawa barangan disinfeksi anda sendiri walaupun dalam hotel di Malaysia

Selain itu, anda juga boleh membawa penyembur disinfektan untuk menyahkuman di mana-mana permukaan yang mudah terdedah kepada sentuhan.

#4. Lakukan nyahkuman pada permukaan ini


Penyahkuman perlu dilakukan pada permukaan-permukaan yang kerap disentuh, walaupun dalam bilik hotel anda.
Ini termasuklah tombol pintu di bahagian luar dan dalam, suis lampu, pili tandas, pengepam tandas, kunci dan pemegang tingkap serta alat kawalan jauh TV dan pendingin hawa.
Anda juga boleh mengelap permukaan meja dan kerusi sebelum menggunakannya.

#5. Tempah makanan secara servis bilik

Untuk mengurangkan risiko kontak dengan individu lain, elakkan makan di restoran atau kafe di dalam hotel.
Anda boleh sahaja menikmati makan malam anda dengan menempah makanan secararoom serviceyang akan dihantar ke bilik anda. 

#6. Kerap cuci tangan anda

Jika anda ada menyentuh butang lif, pemegang eskalator atau pemegang pintu, segeralah mencuci tangan anda dengan menggunakan air bersih dan sabun selama 20 saat.

Kesimpulan

Tip yang dikongsikan ini adalah sebagai satu langkah berjaga-jaga tambahan untuk anda sebagai pelancong.
Kami percaya, pihak pengurusan hotel juga telah bersedia dan berusaha sedaya upaya mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) untuk mengurangkan jangkitan COVID-19 sewaktu menerima kedatangan pelancong yang bercuti dalam Malaysia. 
Jika anda risau berkaitan barangan anda mungkin anda boleh disinfektan dahulu barangan anda..
Dapatkan produk disinfektant SG Floral dari kami...membunuh 99.9% kuman dan bakteria berbahaya!



Untuk pelbagai info mengenai kes kovid terkini sila klik link dibawah 

Berminat menyertai group whatsapp untuk berkongsi tips kebersihan? Klik link dibawah


Comments