Tips Penjagaan Kebersihan dan Kesihatan Diri


Menjaga kesihatan badan adalah sangat penting bagi semua individu dan tidak mengira faktor usia. Salah satu sebab mengapa kebersihan diri itu penting adalah untuk memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik.  Kebersihan diri adalah salah satu kunci kepada kesihatan diri. Sekiranya anda tidak mengekalkan kebersihan diri, maka anda akan lebih mudah untuk dijangkiti pelbagai penyakit. Oleh itu, jom lihat tip kebersihan untuk kesihatan diri anda yang telah kami senaraikan.

Masih banyak cara yang anda boleh buat bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan anda. Pemilihan makanan yang sihat juga harus di ambil kira supaya kesihatan tubuh badan anda boleh dikekalkan dalam jangka masa yang lama. Tambahan lagi buat kaki travel, anda pasti mahu ke luar negara dalam keadaan yang sihat walafiat bukan?

Setiap hari, badan anda terdedah kepada pelbagai kuman sama ada di kulit atau di dalam mulut. Tambahan pula, badan anda menggugurkan kulit setiap hari dan semua kuman serta kulit mati tersebut akan terkumpul jika ia tidak dibuang atau dibersihkan, seterusnya berpotensi menyebabkan jangkitan.


1. Berus Gigi Selepas Makan & Sebelum Tidur


Cara pertama untuk mengekalkan kebersihan diri adalah dengan menjaga kebersihan mulut dan gigi. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kebersihan gigi serta mengelakkan rongga nafas berbau dan gangguan orang lain. Dengan itu cara yang terbaik menjaga gigi dan mulut anda ialah memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Masa yang paling sesuai untuk berus gigi adalah selepas makan dan sebelum tidur. Jangan sesekali mengabaikan berus gigi pada waktu malam sebelum tidur kerana kebiasaan bakteria merosakkan gigi lebih aktif pada waktu malam ketika anda sedang tidur.

2. Mandi Dua Kali Sehari & Cuci Rambut


Setiap kawasan mempunyai iklim yang berbeza dan budaya mandi juga turut berbeza. Anda pasti perasan sesetengah orang yang berada di negara 4 musim hanya mandi sekali dalam sehari sahaja! Tapi sebagai penduduk negara yang bermusim tropika ini, adalah lebih baik anda mandi dua kali sehari. Secara amnya anda perlu mandi pada waktu pagi sebelum memulakan aktiviti dan petang selepas bekerja atau malam sebelum tidur. Pastikan anda menggosok  badan anda ketika mandi sekurang-kurangnya sekali seminggu. Ini bertujuan untuk membersihkan sel-sel kulit mati yang mungkin tidak dapat dibuang dengan menggunakan sabun biasa.Manakala menjaga kebersihan rambut adalah dengan membasuh rambut anda dengan kerap sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu. Kenapa? Ini kerana jika anda kerap mencuci rambut boleh menyebabkan kulit kepala kering dan rambut menjadi rapuh.

3. Basuh Tangan Anda Dengan Sabun


Dalam musim wabak covid-19 yang melanda negara, anda disarankan untuk kerap membasuh tangan anda dengan sabun atau lebih baiknya dengan ‘hand satisizer’ yang mempunyai kandungan alkohol lebih 70%. Ini bagi membasmi kuman bakteria dengan lebih efisien.Kepentingan membasuh tangan adalah untuk menjaga kebersihan diri terutamanya sebelum dan selepas makan, selepas menggunakan tandas, sebelum berinteraksi dengan anak kecil, sebelum dan selepas memasak, atau selepas bermain dengan haiwan peliharaan.  Semua tempat boleh jadi tempat terletaknya bakteria! Tangan anda juga digunakan untuk menutup mulut ketika batuk dan bersin. Makanya basuhlah tangan anda selalu.

4. Bersihkan Kuku Selalu


Kuku anda merupakan sebahagian yang kecil pada badan anda. Namun begitu, kuku juga merupakan tempat yang berpotensi tinggi untuk kuman dan bakteria  mengembangkan pelbagai penyakit dalam badan kita. Apabila anda mencuci tangan dengan sabun, pastikan kebersihan semasa mencuci sampai ke bahagian kuku, terutamanya jika anda mempunyai kuku panjang.

5. Cuci Kaki Selepas Keluar Rumah


Selain mencuci tangan, mencuci kaki juga penting untuk mengekalkan kebersihan diri. Penggunaan kasut pada kaki sepanjang hari boleh menyebabkan perkembangan bakteria di kaki dan menyebabkan bau. Jangan pula lupa untuk menjaga kebersihan kasut yang telah  digunakan. Bakteria yang terkumpul pada kasut akan menyebabkan bau kaki walaupun hanya digunakan sekejap. Oleh itu, bersihkan tapak kaki anda dengan kerap.

6. Jaga Kebersihan Pakaian Seharian.


Akhir sekali, kebersihan diri tidak hanya dipengaruhi oleh faktor-faktor tubuh yang bersih, tetapi juga dari apa yang kita gunakan. Janganlah anda memakai semula pakaian yang telah anda gunakan. Pakailah baju dan seluar yang telah dicuci dan bersih serta berbau wangi.Basuhlah pakaian anda dengan menggunakan detergen dan keringkannya di bawah matahari supaya bakteria dan kuman yang tinggal di pakaian akan mati. Pakaian yang tidak mempunyai cahaya matahari atau tidak kering sepenuhnya biasanya akan menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.

Diharapkan tip kebersihan dan kesihatan di atas dapat membantu anda mengelakkan diri dari terkena penyakit berjangkit dan kekal sihat sentiasa.

Berminat untuk ketahui lebih lanjut mengenai disinfeksi dan sanitasi, sila whatsapp kami:
http://www.wasap.my/+60126494786
http://www.wasap.my/+60126494786
http://www.wasap.my/+60126494786

📞 TEL : 03-6187 6866
🌐 WEBSITE : http://www.sghygiene.com.my
📩 EMAIL : enquiry@sghygiene.com.my

https://hygienebulletin.blogspot.com/

Berminat menyertai group whatsapp untuk berkongsi tips kebersihan? Klik link dibawah
https://chat.whatsapp.com/LCnBXdmyhG9Kz32KbCL6RS

"HYGIENE SANITISATION FOR TOTAL DISINFECTION AND DECONTAMINATION"

Comments