Penjelasan Berkenaan Koronavirus Boleh Tersebar Atau Tidak Pada Barangan Online Import


Wabak koronavirus yang kian tular di dunia ini tidak dapat dinafikan semakin membimbangkan. Dengan jumlah kes serta angka kematian yang semakin meningkat, wabak ini pastinya akan tercatat sebagai virus yang paling merbahaya pernah menjangkiti manusia.
Sejak dua menjak ini, ramai pembeli barangan online khuatir akan produk yang ditempah mereka dijangkiti dengan virus maut dari Wuhan ini. Umum telah mengetahui bahawa koronavirus ini datang dari China dan kebanyakan barangan ini dijual dari penjual dari negara itu.

Cara penyebaran virus korona baharu
Ingin tahu jika virus korona baharu boleh tersebar melalui barang yang ditempah dari China atau tidak? Anda perlu fahami dulu cara penyebaran virus tersebut. Oleh sebab maklumat virus korona baharu ini tidak banyak, ia menimbulkan banyak spekulasi berkaitan cara penyebarannya. 
Virus korona baharu mempunyai struktur dan penyebaran yang lebih kurang sama dengan virus korona lain seperti SARS-CoV dan MERS-CoV
Ia boleh tersebar melalui titisan udara (bersin dan batuk), dan sentuhan dengan individu berjangkit tinja atau fomit (objek yang tercemar oleh kuman berjangkit).
Individu akan mudah dijangkiti jika tidak memakai alat perlindungan seperti topeng muka. Tapi setakat ini, kebanyakan mereka yang dijangkiti oleh virus tersebut telah dikuarantinkan bagi mengelakkan penyebaran.

Boleh dapat jangkitan ke dari barangan import?

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan risiko penyebaran virus jika anda membeli barangan dari Taobao, salah satu syarikat perniagaan yang terkenal di China.
Jika dilihat pada virus korona yang lain seperti SARS-CoV dan MERS-CoV, tempoh hayat virus ini untuk berada di luar badan hanyalah beberapa jam. Sementara itu, barangan yang ditempah dari China kebiasaannya sampai ke Malaysia dalam tempoh sekurang-kurangnya 24 jam.
Jika diambil virus SARS-CoV sebagai contoh, ia hanya boleh hidup di luar badan dalam tempoh beberapa jam. Maksimum 4 hari jika terdapat tinja. Seperti kebanyakan mikroorganisma, virus ini memerlukan persekitaran yang lembap dan basah untuk hidup lebih lama.
Jika individu yang membungkuskan produk untuk dihantar ke destinasi anda bersin sekalipun, risiko untuk anda mendapat jangkitan adalah sangat rendah.

Tiada kes berpunca daripada barangan import

Urusan beli-belah online amat popular kini dan China merupakan antara pembekal barangan online terbesar di dunia. Mereka bukan sahaja menjalankan urusan eksport bagi barangan peribadi yang dibeli oleh individu, malah produk berskala besar yang melibatkan urusan jual beli negara.
Setakat ini, tiada laporan rasmi dari badan kesihatan global seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan mereka yang membeli barangan dari China berisiko untuk mendapat jangkitan.
Setiap kes positif luar dari China yang dilaporkan adalah sama ada mereka mempunyai sejarah pelancongan ke Wuhan dan daerah berdekatan, atau bersentuhan secara langsung dengan individu yang berjangkit.
Masih tiada lagi rekod jangkitan disebabkan oleh barangan online yang dibeli daripada China. Malah, pihak berkuasa China telah mengumumkan bahawa mereka akan menangguhkan jadual penghantaran dan membuat pembasmian kuman sebanyak dua kali bagi memastikan barangan tersebut betul-betul bebas daripada virus korona.

Konklusi

Jangan terpedaya dengan maklumat tidak berasas yang disebarkan melalui media sosial berkenaan cara penyebaran virus korona. Produk yang akan dieksport keluar dari China terutamanya Wuhan akan melalui proses pembasmian kuman sebanyak dua kali.
Jika tiada proses tersebut sekalipun, kebarangkalian untuk anda mendapat jangkitan rendah. Ini berikutan  persekitaran luar badan manusia bukanlah habitat ideal buat virus korona.
Jika anda risau berkaitan barangan anda mungkin anda boleh disinfektan dahulu barangan anda..
Dapatkan produk disinfektant SG Floral dari kami...membunuh 99.9% kuman dan bakteria berbahaya!



Untuk pelbagai info mengenai kes kovid terkini sila klik link dibawah 

Berminat menyertai group whatsapp untuk berkongsi tips kebersihan? Klik link dibawah


Comments