JOM JADI SEBAHAGIAN DARI HERO NEGARA,DENGAN MENYUMBANG PERKARA BERIKUT...


1. Menjahit baju PPE

Pada saat ini, petugas barisan hadapan yang bertanggungjawab merawat pesakit COVID-19 seperti doktor dan jururawat mempunyai satu cabaran yang agak berat.
Jika anda berkemahiran dalam bidang jahitan, anda boleh membantu dengan cara menjahit baju, tudung dan juga pelindung kaki untuk dijadikan PPE. 
Pada masa sekarang, non-woven material banyak digunakan untuk dijadikan PPE bagi kegunaan pasukan perubatan di hospital dan juga klinik.
Jika terdapat mana-mana organisasi atau persatuan di sekitar anda yang menjalankan aktiviti ini, anda boleh menyertai mereka untuk menyumbangkan tenaga dan kemahiran jahitan anda.
Jika tiada, anda sendiri boleh memulakan inisiatif ini bersama rakan-rakan anda.
Cuba dapatkan bantuan kewangan daripada mana-mana pihak seperti wakil rakyat untuk membeli non-woven material tersebut terlebih dahulu.
Kemudian tetapkan satu lokasi khusus yang boleh dijadikan pusat jahitan PPE seperti di dewan dan pusat komuniti setempat.


2. Sumbangan bantuan makanan


Untuk sumbangan bantuan makanan, anda boleh menyumbang melalui 3 cara; menyumbang pek makanan, menyumbang wang atau menyumbang tenaga.
Jika anda berkemampuan dari segi kewangan, anda boleh menyumbang dengan cara menghulurkan bantuan makanan terus kepada NGO-NGO berkaitan.
Sumbangan dari segi tenaga pula, anda boleh hadir ke pusat operasi bantuan makanan dan membantu membungkus dan mengedar makanan tersebut.
Selain itu, anda juga boleh terlibat menghulurkan bantuan makanan sebagai hidangan yang sedia dimakan untuk para petugas barisan hadapan.
Ini termasuklah para doktor dan warga kerja di fasiliti kesihatan, pihak polis dan tentera yang melakukan sekatan jalan raya serta mereka yang kurang berkemampuan seperti gelandangan dan orang miskin.


3. Membuat pelindung muka DIY


Jika anda mempunyai mesin pencetak 3D, anda boleh memanfaatkannya untuk mencetak pemegang pelindung muka yang akan digunakan sebagai salah satu komponen pelindung muka.
Jika tidak, anda boleh menggunakan barang-barang yang terdapat di sekitar anda untuk membuatnya dengan cara yang lebih kreatif.
Ada pihak yang berjaya menggunakan span dan juga plastik dokumen bersaiz A4 bagi menghasilkan pelindung muka untuk kegunaan frontliners.
Mungkin anda juga boleh mencuba kaedah ini yang ternyata lebih mudah dan murah. 


4. Menjahit topeng muka

Comments