Hati-hati Dengan Penyebar Virus Covid-19 Dalam Senyap


Terdapat satu golongan yang perlu kita takuti sepanjang berada dalam musim wabak virus korona baharu (COVID-19). Mereka dikenali sebagai silent spreader atau penyebar virus dalam diam.
COVID-19 merupakan virus wabak yang agak licik. Jarak masa di antara jangkitan dan simptom (tempoh pengeraman) yang panjang membolehkan ia tersebar dengan mudah. 
Ini berikutan mereka yang tidak mempunyai simptom lebih cenderung untuk tidak memakai topeng muka, mengamalkan jarak sosial atau membasuh tangan secara kerap.
Jumlah kes positif COVID-19 global telah melebihi angka setengah juta dan angka kematian sedang merangkak naik, hampir mencecah 30,000 individu. Di Malaysia pula:

Simptom tidak boleh dijadikan kayu ukur bagi mengesan penyebar virus


Penyebar COVID-19 yang tidak mempunyai simptom bukan sahaja terdiri daripada individu yang baru kali pertama dijangkiti oleh virus tersebut. Mereka yang telah sembuh juga boleh dijangkiti semula dan menjadi penyebar virus dalam diam.
Perkara ini telah disahkan oleh laporan pihak Hospital Wuhan yang menunjukkan kira-kira 5-10% pesakit yang telah disahkan sembuh, mendapat keputusan ujian saringan COVID-19 positif semula.
Mereka yang melalui fasa ini kebanyakannya tidak menunjukkan sebarang simptom. Dapatan ini menunjukkan pengakhiran wabak sukar untuk berlaku dalam masa terdekat. Jika langkah pencegahan diabaikan oleh mereka yang sembuh, kita bakal berhadapan dengan lonjakan kes pada gelombang serangan ketiga.
Bagi individu yang dijangkiti terutamanya jika mereka mendapat jangkitan selepas sembuh, simptom tidak boleh dijadikan kayu ukur. Pengambilan suhu boleh dilakukan namun mereka biasanya tidak menunjukkan simptom demam dan masih berupaya untuk menyebarkan virus kepada individu lain.
Apabila dilihat semua jarak masa di antara mereka disahkan sembuh daripada jangkitan COVID-19 hingga mereka disahkan positif semula, ia berbeza mengikut individu.
Ada yang disahkan positif selepas beberapa hari dan ada juga yang positif semula selepas beberapa minggu. Adakah ini bermakna jangkitan semula boleh berlaku kepada mereka yang telah sembuh daripada jangkitan COVID-19?
Ahli virologi berpendapat bahawa sekiranya seseorang itu telah sembuh daripada jangkitan COVID-19, kebarangkalian mereka untuk mendapat jangkitan kedua daripada virus yang sama amat rendah. 
Walau bagaimanapun, banyak yang kita tidak tahu berkenaan dengan jangkitan ini. Tindakan lanjut perlu diambil berdasarkan bukti klinikal yang ada. Oleh sebab golongan tersebut didapati positif semula, maka tindakan yang wajar adalah untuk mengkuarantinkan mereka.

Untuk pelbagai info mengenai kes kovid terkini sila klik link dibawah 

Berminat menyertai group whatsapp untuk berkongsi tips kebersihan? Klik link dibawah

Comments