Hama Pada Permaidani Yang Tidak Dicuci
Karpet atau permaidani memang mudah kotor. Jika tidak kotor disebabkan makanan tertumpah, habuk yang terperangkap di dalam karpet pun dikira kotoran dan mengundang bakteria. Sesetengah individu yang lemah imunnya boleh alergi dengan permaidani yang kotor. Alergi ini sebenarnya bukan terhadap karpet tetapi ianya disebabkan oleh bakteria yang telah membiak pada karpet tersebut. Tambahan jika ada anak kecil, perkara ini akan lebih merisaukan. Oleh sebab itu ramai yang mengambil keputusan untuk tidak menggunakan karpet di dalam rumah.
Selain dari bakteria, ada makhluk lain yang boleh membiak di dalam karpet. Ianya bukan kuman atau bakteria, tetapi serangga iaitu hama. Serangga ini sangat kecil sehingga kita tidak boleh melihat dengan mata kasar dan kewujudan mereka di permukaan karpet kita tetapi ianya sudah membiak. Kita harus mengambil langkah berjaga-jaga dan terus mencegah serangga ini kerana serangga ini mudah membiak ke tempat lain seperti cadar, bantal dan juga tilam.
Hama berbeza dengan pepijat. Keburukan hama, ia memakan sel-sel kulit mati dan juga tempat yang berhabuk. Bayangkan berapa banyak habuk yang terkumpul pada karpet anda yang sudah lama tidak dicuci itu? Anda akan perasan karpet anda sudah tidak seperti baru, ini disebabkan hama sudah merosakkan sedikit demi sedikit. Selain itu, hama juga boleh menyebabkan badan anda gatal-gatal. Bukan hanya pepijat, hama juga merupakan punca utama badan anda boleh rasa gatal lebih-lebih lagi yang mempunyai alergi.
Bagaimana wujudnya hama? Hampir mustahil untuk mengetahui dari mana datangnya hama ini tetapi punca utama ianya wujud kerana manusia menghasilkan hampir 1,000,000 sel kulit mati yang merupakan makanan utama untuk hama.
Bagaimana untuk mencegah hama ini? Sudah lah tidak boleh dilihat, kewujudannya pula sangat banyak. Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk mencegah iaitu dengan mencuci karpet anda dengan sebersihnya. Kesukaran untuk mencuci karpet membuatkan sesetengah pihak memilih untuk membiarkan sahaja karpet tidak dibersihkan.
Dry Carpet Cleaning ialah kaedah pencucian yang tidak menggunakan air dan boleh dicuci on the spot (di tempat karpet diletakkan, tak perlu alihkan). Kaedah ini menggunakan satu serbuk yang dinamakan microsponges. Serbuk ini bertindak menyerap segala kekotoran dan habuk dan ianya terbukti dengan swab test (ujian kadar kuman). Apabila serbuk ini telah menyerap segala kekotoran, hama akan hilang sumber makanan dan akan mati. Bukan sahaja hama, bakteria juga boleh mati dengan menggunakan kaedah ini.http://www.wasap.my/+60126494786
http://www.wasap.my/+60126494786
http://www.wasap.my/+60126494786
TEL: 03-6187 6866
WEBSITE: http://www.sghygiene.com.my
EMAIL: enquiry@sghygiene.com.my
Comments
Post a Comment