Pemegang dalam pengangkutan awam paling banyak kuman


Dianggarkan lebih 1.2 juta pengguna menggunakan kemudahan pengangkutam awam seperti bas, Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel setiap hari. Ramai orang yang berlainan menggunakan kemudahan ini. Ini akan menyebabkan pelbagai bakteria yang mungkin ada di setiap pengangkutan awam.

Wabak #COVID19 yang semakin menular secara luas di seluruh dunia cukup membimbangkan terutama kepada pengguna pengangkutan awam yang terpaksa berhimpit-himpit meskipun menyedari risiko terkena jangkitan sangatlah tinggi. Sangat susah untuk mematuhi SOP kerana sangat ramai yang menggunakan pengangkutan awam dalam satu masa yang sama.

Ramai daripada kita tidak mempunyai pilihan dan terpaksa meletakkan diri berdepan risiko setiap hari bagi menuju ke destinasi.

Ada beberapa perkara boleh dilakukan agar anda terhindar daripada sebarang jagkitan kuman dan virus ketika menaiki pengangkutan awam, terutamanya MRT, LRT dan Grab Car.

1. Kerap membasuh tangan

Bagi menjamin kebersihan, biasakan diri untuk mencuci tangan menggunakan sabun terutamanya apabila menyentuh fasiliti di tempat awam.
Begitu juga jika menaiki bas atau LRT, gunakan "hand sanitizer" sebelum dan selepas turun bagi memastikan anda bebas daripada kuman dan virus.


2. Elakkan berhimpit

Sebaik-baiknya jangan berhimpit dalam bas atau LRT yang sudah penuh kerana ruang sesak berpotensi meningkatkan risiko penularan kuman atau virus melalui udara.
Keterbatasan ruang akan menyebabkan anda mudah bersentuhan dengan orang lain yang belum kita ketahui sama ada sihat atau pun pembawa virus.
Bagi mengelak berhimpit dalam pengangkutan awam, eloklah keluar rumah lebih awal ketika tidak ramai pengguna atau guna selepas waktu puncak.


3. Kurangkan memegang atau bersandar

Selalunya dan tempat pemegang dalam bas atau LRT menjadi tempat kita berpaut tapi tahukah anda ia adalah tempat paling banyak kuman.
Jika boleh kuramgkan berpaut pada tiang atau pemegang dan selalulah menggunakan hand sanitizer.



4. Jangan letak beg di lantai

Jika anda suka letak beg di atas lantai, sudah tiba masanya elak berbuat demikian kerana bahagian lantai juga selalunya tercemar dengan kuman yang boleh jadi datang dari pelbagai sumber.


5. Jangan makan atau minum

Makan atau minum memang dilarang dalam pengangkutan awam tapi masih ramai berdegil dan berbuat demikian.
Rasanya dah boleh hentikan tabiat itu. Sudahlah pegang tiang dan tempat pemegang, bayangkan anda pegang pula makanan tanpa membasuh tangan! Kan bahaya tu?
Sebaiknya makan atau minum selepas anda basuh tangan sebersihnya.


Kesimpulan

Kita diwajibkan untuk mematuhi segala SOP yang kerajaan keluarkan untuk memutuskan rantai #COVID19 ini. Permukaan yang berkemungkinan mempunyai bakteria/virus amat berbahaya kerana ia boleh membuatkan seseorang itu berjangkit dan mampu untuk menyebarkan. 


SG Floral Disinfectant 250ml
\
SG Floral merupakan cecair yang membunuh 99.99% bakteria dan sangat-sangat sesuai untuk digunakan di dalam tandas awam yang sangat-sangat kotor. Hanya sembur di permukaan yang hendak disembur. Ia sangat berguna pada era PKP ini. Kandungan cecair ini adalah sebanyak 250 ml.
SG Floral juga mendapat kelulusan dari MOH (KKM).

💧PROMOSI PROMOSI PROMOSI💧

RM28/pcs 
RM100/4pcs




Sila whatsapp kami untuk tempahan:


📞 TEL: 03-6187 6866
📩 EMAIL: enquiry@sghygiene.com.my


Untuk pelbagai info mengenai kes Covid-19 yang terkini, sila klik link dibawah


Berminat untuk menyertai group whatsapp untuk berkongsi tips kebersihan? Boleh klik link yang disertakan dibawah

https://chat.whatsapp.com/LCnBXdmyhG9Kz32KbCL6RS




Comments