Berikutan wabak Covid-19 yang melanda dunia beberapa bulan lepas, Persatuan Pempamer Filem Malaysia (MAFE) telah membuat tindakan menutup semua operasi pawagam di seluruh Malaysia sejak bermulanya Perintah Kawalan Berkurung (PKP) pada 18 Mac 2020 yang lalu. Hal ini dilakukan bagi mengelakkan perhimpunan secara beramai-ramai sebagai langkah pencegahan wabak tersebut daripada berleluasa.
Kesannya, kebanyakan filem-filem antarabangsa yang
dijadualkan tayangannya pada tahun ini telah merangka semula tayangannya ke
satu tarikh lain. Malah ada diantaranya turut menunda tayangan filem tersebut
pada tahun hadapan.
Bulan lepas, Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas memberi
bayangan berkemungkinan akan membuka pawagam mereka pada awal bulan ini
sekiranya wabak Covid-19 mampu berada dalam kawalan. Dia berkata, pembukaan
semula itu akan melalui beberapa fasa dan prosedur keselamatan ketat bagi
membendung wabak itu. Bagi fasa 1, mereka akan memaksimakan mengenai jarak
sosial antara satu sama lain termasuk mengenai kawalan keliling setiap penonton
di dalam pawagam.
Hari ini, rakyat negara kita dilihat mampu menarik nafas
lega kerana sudah kurang sekatan untuk bergerak ke mana-mana. Kerajaan Malaysia
telah mengambil inisiatif memperkenalkan 2 jenis Perintah Kawalan Pergerakan
yang sedikit longgar berbanding sebelumnya iaitu PKPB dan PKPP.
Kita sudah boleh pulang ke kampung halaman serta bekerja
kerana banyak sektor ekonomi yang sudah kembali dibuka. Jika segalanya baik,
maka kita akan beralih ke fasa normalisasi bermula 1 September 2020.
Pawagam Malaysia Dibuka Semula
Bermula 1 Julai lepas, aktiviti yang sekian lama kita
nantikan telah dibenarkan beroperasi semula. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan sedemikian di samping menekankan
kepentingan prosedur operasi standard (SOP).
Antara SOP yang akan ditetapkan oleh pihak berkuasa adalah
seperti berikut:
- Acara dijalankan di dalam dewan tertutup
- Tempat acara perlu disanitasi dengan kerap
- Suhu badan perlu diperiksa terlebih dahulu
- Penggunaan pelitup muka dan pencuci tangan ditekankan
- Penjarakan sosial adalah dimestikan pada setiap masa
- Kehadiran peserta tidak boleh lebih 250 orang (tertakluk saiz dewan)
Ekoran berita gembira ini, dua rangkaian pawagam Malaysia
yang popular iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas (TGV) tampil
membuat kenyataan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas (GSC),
Koh Mei Lee, keputusan kerajaan itu memberi kelegaan kepada syarikat dan
pihaknya yang masih menanti SOP rasmi supaya dapat membuat persediaan lebih
awal.
Ia dipersetujui oleh Ketua Pegawai Eksekutif, TGV Cinemas
(TGV) Yeoh Oon Lai, yang menyatakan pihaknya akur dengan jumlah 250 penonton
ditetapkan kerajaan biarpun kapasiti premis boleh memuatkan 100 hingga 300
orang.
Pandemik COVID-19, Adakah Sesuai ke Panggung Wayang?
Selepas mengetahui berita gembira ini, sudah pasti satu Malaysia berasa gembira setelah hampir 4 bulan tidak menonton wayang dipawagam.
Namun, adakah ia waktu yang sesuai untuk serbu panggung wayang? Tepuk dada tanya selera, jawapannya ada pada diri anda!
Hakikatnya, mungkin tiada masalah untuk kita semua menyertai aktiviti seperti ini kerana SOP yang akan diperkenalkan oleh kerajaan adalah sangat ketat. Pun begitu, adalah wajar untuk kita lebih berwaspada dengan mengamalkan setiap normal baharu yang perlu kita biasakan sehingga pandemik ini reda.
Kesimpulan
Oleh itu, sentiasa menggunakan pelitup muka, pencuci tangan serta cuba pastikan penjarakan sosial sentiasa terjaga agar kalian terselamat dari jangkitan.
Akhir kata, diri kita sendiri adalah barisan hadapan COVID-19 kini. Bersama, kita tentu boleh menang!
Lindungi diri dan keluarga tersayang dengan memiliki produk SG Floral Disinfectant.
Produk ini memastikan setiap mikroorganisma dan patogen berbahaya dimusnahkan 99.99%.
Disinfektan yang berkualiti dan dipercayai serta mendapat kelulusan KKM.
Gunakan SG Floral Disinfectant untuk proses pembersihan dan pembasmian kuman di rumah dan di tempat kerja anda.
Sesuai digunakan di tempat berikut:
✔️ perabot
✔️ konsol permainan dan mainan
✔️ kenderaan
✔️ barangan peribadi (beg, pen, …)
✔️ telefon bimbit atau gajet
✔️ tombol pintu
✔️ pemegang tangga
✔️ butang lif
✔️ dan tempat lain yang terdedah kepada virus
✔️ konsol permainan dan mainan
✔️ kenderaan
✔️ barangan peribadi (beg, pen, …)
✔️ telefon bimbit atau gajet
✔️ tombol pintu
✔️ pemegang tangga
✔️ butang lif
✔️ dan tempat lain yang terdedah kepada virus
Sila whatsapp kami untuk tempahan:
📞 TEL: 03-6187 6866
🌐 WEBSITE: http://www.sghygiene.com.my
📩 EMAIL: enquiry@sghygiene.com.my
Untuk pelbagai info mengenai kes Covid-19 yang terkini, sila klik link dibawah
Berminat untuk menyertai group whatsapp untuk berkongsi tips kebersihan? Boleh klik link yang disertakan dibawah







Comments
Post a Comment