PKP Akan Tamat Jika Malaysia Dapat Penuhi Kriteria Ini


BILAKAH PKP AKAN TAMAT?
Ini adalah persoalan utama yang sedang berlegar dan bermain di fikiran penduduk Malaysia.
Meskipun ramai rakyat dilihat sudah boleh menerima hakikat, masih ada yang mahu melanggar dan mencabar arahan daripada kerajaan ini.
Disebabkan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengetatkan lagi pengawasan dengan menambah sekatan jalan raya dan merekrut lebih ramai anggota polis dan tentera.
Ini dibuat sejajar dengan usaha mengawal pergerakan rakyat dan meminta mereka duduk di rumah.
Sebaiknya, tunggu sehingga perintah separa lockdown ini ditamatkan untuk kita memulakan kembali kehidupan seperti sediakala. Persoalannya, bila PKP akan tamat?
Sebenarnya, tidak ada tarikh tertentu yang boleh dijanjikan oleh mana-mana pihak tentang perkara ini.

Kriteria perlu dipenuhi untuk PKP tamat!

Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan 6 kriteria yang perlu dipenuhi negara untuk menamatkan PKP berpandukan saranan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 6 kriteria ini perlu diambil kira untuk menentukan sama ada PKP akan disambung atau ditamatkan kelak.
Namun, beliau menjelaskan bahawa pihaknya hanya memberi pandangan, sumber diperlukan dan data kepada Perdana Menteri sebelum sebarang keputusan akhir dibuat.
Berikut adalah 6 kriteria tersebut:

#1. Kemampuan mengawal sempadan daripada kes import.

#2. Kemampuan mengawal dan merawat pesakit positif daripada menjangkiti orang lain.

#3. Kemampuan sistem dan fasiliti kesihatan negara (makmal dan wad).

#4. Kemampuan negara dalam usaha melindungi golongan berisiko tinggi.

#5. Norma baharu (new normal) menjadi amalan hidup iaitu tiada lagi perhimpunan awam, penjarakan sosial dan kerap basuh tangan.

#6. Kemampuan negara dalam usaha melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti.

Sekiranya, Malaysia berjaya memenuhi keenam-enam kriteria di atas dalam usaha melawan COVID-19, kerajaan mungkin akan menamatkan PKP dalam masa yang terdekat.
Akhir kata, tiada apa yang boleh kita lakukan sebagai rakyat biasa ketika ini melainkan duduk di rumah.
Ia adalah langkah yang paling efektif dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan virus korona baharu ini.

Jika anda risau berkaitan barangan anda mungkin anda boleh disinfektan dahulu barangan anda..
Dapatkan produk disinfektant SG Floral dari kami...membunuh 99.9% kuman dan bakteria berbahaya!


Untuk pelbagai info mengenai kes kovid terkini sila klik link dibawah 

Berminat menyertai group whatsapp untuk berkongsi tips kebersihan? Klik link dibawah


Comments