Wabak jangkitan coronavirus yang bermula di China pada bulan Disember 2019 terus menular tanpa sebarang tanda pengurangan walaupun setelah tiga bulan berlalu. Virus tersebut kini telah berada hampir di kesemua buah negara kecuali di beberapa negara kepulauan kecil.
Shopee, Lazada, Mudah.my adalah antara contoh platform beli online yang sangat popular pada masa kini di Malaysia. Namun, timbul isu lain berkenaan beli barang online ini.
Persoalannya kini bukan lagi tertumpu kepada “Di manakah saya boleh membeli televisyen?”, tetapi yang patut difikirkan adalah, “Apakah yang sepatutnya saya beli?”
Mereka yang dijangkiti COVID-19 juga telah melebihi puluhan ribu orang dan lebih daripada 5,000 individu telah menemui maut. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenal pasti wabak ini sebagai satu ancaman terbesar di seluruh dunia.
Berikut adalah penerangan ringkas berkenaan virus COVID-19 yang bermula di Wuhan, China.
Mengapakah penyakit ini sangat menakutkan? Apa yang terjadi kepada badan anda apabila dijangkiti COVID-19 ini? Artikel ini ada jawapannya.
Sebelum itu, berikut adalah statistik semasa kes COVID-19 di Malaysia.
![Sasar paru-paru untuk membiak [METROTV] | Harian Metro](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Copy_Of_SASAR_PARU-PARU_UNTUK_MEMBIAK_HMfield_image_listing_featured_v2.var_1581199238.jpg)
Serangan ke atas paru-paru
Memandangkan virus COVID-19 ini adalah satu jangkitan pada saluran pernafasan, bahagian pertama yang pasti terjejas ialah paru-paru anda.
Individu yang dijangkiti COVID-19 akan memiliki virus dalam titisan cecair badan mereka. Ketika mereka bersin atau batuk, ia boleh menjangkiti individu yang lain pula melalui titisan air liur.
Simptom-simptom jika anda dijangkiti COVID-19 ini ialah selesema, batuk atau demam. Virus ini boleh menyebabkan masalah kepada sistem pernafasan dan menyebabkan keradangan pada paru-paru.
Jangkitan ini boleh disedari seawal 2 hingga 14 hari selepas bermulanya jangkitan.
Serangan ke atas arteri koronari adalah sama seperti virus lain yang menyerupai COVID-19 seperti SARS dan juga MERS.
Terdapat tiga peringkat kecederaan pada paru-paru. Pertama, virus akan merebak dalam tubuh. Apabila virus tersebut tidak dikenali tubuh, sistem imun akan terus bertindak secara agresif.
Sekiranya sistem imun terus bertindak balas kepada keradangan yang berlaku, paru-paru akan menjadi rosak.
Sistem imun yang bertindak secara agresif terhadap virus akan merosakkan saluran darah dalam paru-paru. Ia akan menyebabkan kebocoran cecair daripada saluran darah dalam paru-paru.
Cecair tersebut akan berkumpul dalam poket udara paru-paru atau disebut alveoli. Ia kemudiannya akan menyebabkan paru-paru menjadi sukar untuk memindahkan oksigen daripada udara ke dalam darah.
Turut menyerang saluran gastrousus
Kesan serangan virus COVID-19 ini bukan sahaja berlaku di dalam paru-paru.
Ia juga menyerang saluran pencernaan anda. Antara kesan yang boleh disebabkan oleh virus ini ialah kekejangan abdomen, sembelit dan juga cirit-birit.
Biasanya virus akan menyebabkan cirit-birit yang menjejaskan dinding usus dan menyebabkan kebocoran cecair.
Respons imun yang berlebihan
Jangkitan coronavirus ini juga boleh menyebabkan tindak balas imun yang kuat. Akibat daripada tindak balas ini, keradangan boleh berlaku kepada organ-organ dalaman tubuh.
Sistem imun tubuh akan aktif terlebih dahulu bagi mengenal pasti lokasi jangkitan apabila jangkitan coronavirus telah memasuki tubuh badan. Ini yang disebut sebagai cytokine.
Antibodi tubuh yang terhasil daripada sistem imun akan datang ke tempat di mana cytokine ini terdedah.
Apabila tubuh terdedah kepada jangkitan coronavirus sebagai contoh, sistem imun tubuh akan menghasilkan cytokine untuk melawan jangkitan tersebut.
Namun, sekiranya terlalu banyak cytokine dilepaskan, ia akan menyebabkan masalah lain pada tubuh anda. Organ-organ dalaman lain seperti hati, buah pinggang, jantung dan juga saluran darah akan rosak.
Serangan ke atas hati
Hati adalah organ yang paling penting dalam badan dan ia disambungkan ke saluran darah.
Oleh itu, jangkitan coronavirus ke atas hati juga boleh berlaku dengan mudah.
Jangkitan coronavirus ini akan menyerang sel hati atau memusnahkannya atau menyebabkan keradangan melalui sistem imun yang berlebihan.
Hati boleh pulih dengan cepat jika berlakunya kerosakan yang normal, namun jika serangan yang berlaku itu terjadi secara berulang-ulang, sel-sel hati yang baharu tidak dapat tumbuh semula dengan cepat lalu menyebabkan hati menjadi rosak.
Buah pinggang
6% daripada kematian mereka yang dijangkiti COVID-19 adalah akibat daripada kerosakan buah pinggang.
Walaupun kerosakan terhadap buah pinggang ini jarang berlaku, namun ginjal cenderung untuk mengalami kerosakan apabila jangkitan coronavirus bermula.
Kerosakan yang berlaku pada buah pinggang disebabkan oleh kedua-dua serangan virus dan juga sistem imun.
Kesimpulan
Kini anda telah mengetahui bahawa sekiranya jangkitan coronavirus ini berlaku, mereka yang dijangkiti COVID-19 ini akan mengalami pelbagai serangan daripada setiap sudut ke atas organ-organ dalaman tubuh mereka.
Virus ini bukan sahaja menyerang paru-paru anda, tetapi ia juga menyerang buah pinggang, saluran darah, perut dan juga hati anda. Sememangnya ia adalah satu serangan yang dahsyat.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Untuk pelbagai info mengenai kes kovid terkini sila klik link dibawah
Berminat menyertai group whatsapp untuk berkongsi tips kebersihan? Klik link dibawah




Comments
Post a Comment