Takut Bawa Pulang COVID-19 Ke Rumah? Ini Cara Bersihkan Diri & Rumah Selepas Balik Beli Barang Dapur
Aspek kebersihan rumah adalah 1 perkara penting untuk mencegah penularan COVID-19. Anda juga harus mengetahui langkah penjagaan diri selepas pulang ke rumah bagi mengekang penyebaran virus.
Menjaga kebersihan rumah dengan mencuci lantai dan permukaan pada ruang kediaman bukanlah sesuatu yang baru. Mungkin anda sudah biasa mengemop lantai setiap hujung minggu.
Bahkan, pastinya anda akan membersihkan permukaan ruangan dapur setiap kali selepas anda selesai menyiang ikan, memotong ayam atau daging, bukan? Ini kerana ia adalah 1 aspek penjagaan rumah yang perlu dilakukan.
Walau bagaimanapun, dengan isu pandemik melibatkan wabak coronavirus, aspek penjagaan kediaman menjadi perkara penting dalam mencegah penularan COVID-19.
Bagi menjaga kebersihan rumah, anda perlu memastikan semua permukaan ruang kediaman yang kerap disentuh seperti pemegang pintu, telefon dan alat kawalan peralatan elektronik bebas kuman.
Tetapi bagaimana cara untuk melakukannya?
Lakukan penjagaan kebersihan rumah bersama
Berikut adalah cara membersih dan disinfeksi ruang kediaman dan barangan di dalam rumah:
Mencuci dan disinfeksi
Mesti ada di antara kita yang merasakan proses mencuci dan membasmi adalah perbuatan yang sama. Haaa…silap sebenarnya.
Kedua-duanya adalah perbuatan dan perkara yang berbeza.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyarankan agar proses pembersihan rumah melibatkan kedua-dua aspek, walaupun tiada individu sakit atau mempunyai simptom jangkitan coronavirus di rumah.
- Mencuci adalah mengenai menyingkirkan bahan tercemar pada permukaan
- Pembasmian adalah tentang membunuh patogen
- Kedua-duanya harus dilakukan jika ada individu, haiwan atau barang masuk atau keluar dari kediaman anda
Penyebaran daripada individu kepada individu lain adalah lebih berisiko untuk berlaku berbanding jangkitan melalui permukaan. Tetapi CDC mencadangkan untuk setiap isi rumah mencuci dan membasmi permukaan kerap disentuh sekurang-kurangnya sekali sehari.
Ini adalah sebagai 1 cara memastikan keadaan di rumah sentiasa bersih, selamat dan berisiko rendah untuk menjadi punca jangkitan kepada setiap individu di dalam rumah.
Permukaan rumah paling kerap disentuh
Permukaan rumah paling kerap disentuh
Penyelidik telah mengetahui virus COVID-19 berupaya untuk hidup pada permukaan bukan hanya untuk tempoh 24 jam, bahkan sehingga 2 atau 3 hari. Jadi proses mencuci dan membasmi adalah perlu untuk dilakukan.
Antara permukaan yang perlu disinfeksi setiap hari:
- Tombol pintu
- Permukaan meja
- Kerusi di ruangan makan (tempat duduk, bahagian penyandar dan pemegang sisi)
- Kaunter dapur
- Tandas duduk
- Alat kawalan barangan elektronik seperti televisyen atau penghawa dingin
Setiap rumah adalah berbeza, jadi mungkin anda boleh fikirkan bahagian permukaan dalam rumah anda yang paling kerap disentuh dan perlu dicuci untuk menjamin kebersihan rumah.
Jadi sekarang anda sudah mengetahui apa yang perlu anda bersihkan, berikut adalah caranya:
Mencuci, kemudian membasmi:
- Pertama sekali, bersihkan permukaan terlebih dahulu. Buang segala kekotoran atau debu. Lakukannya dengan lap permukaan barangan rumah menggunakan air bersabun atau semburan pencuci dan kain lap.
- Kemudian gunakan semburan atau bahan disinfeksi bersesuaian. Cara terpantas dan mudah adalah dengan menggunakan kain lap atau semburan dengan disinfeksi.
Amalkan cara pencucian ini sebagai rutin untuk membantu mencegah penularan COVID-19 kepada anda dan juga setiap isi rumah.
Jika di rumah anda tidak terdapat bahan pembasmi, anda boleh menggunakan sabun atau sebarang bahan pencuci yang ada.
Membuat bahan pembasmi sendiri
Ini kerana kebanyakan rak di pasar raya mahupun kedai runcit sudah kehabisan bahan pembasmi.
Tetapi usah risau, terdapat pilihan lain untuk anda. Pertama sekali, pastikan anda dan ahli keluarga kerap mencuci tangan menggunakan sabun. Jangan lupa untuk menggosok celahan jari.
Pihak CDC akan mencadangkan ‘resepi’ untuk menghasilkan pembersih rumah buatan sendiri menggunakan bahan peluntur.
Cara untuk menghasilkan semburan pembasmi menggunakan bahan peluntur:
- 4 sudu teh bahan peluntur
- 1 liter air
Campurkan bahan-bahan dalam 1 botol semburan, goncang sehingga sebati.
Untuk menggunakannya, anda boleh menyemburkannya pada sebarang permukaan dan biarkan untuk selama 10 minit sebelum lap menggunakan kain basah yang bersih.
Pastikan bahan peluntur tidak digunakan secara berlebihan dan elakkan daripada mencampurkan bahan peluntur dengan sebarang produk pencuci lain.
Jika ia berlaku, ini mungkin akan menyebabkan kerosakan pada permukaan barangan di rumah anda. Jadikan ini pilihan terakhir jika anda tidak dapat mencari sebarang produk pembasmi di pasaran.
Sekiranya menggunakan peluntur, pastikan anda memakai sarung tangan dan membuka tingkap bagi membantu pengudaraan di dalam rumah. Sentiasa berwaspada, okay?
.
Duduk di rumah dan kekal selamat
Mungkin ada masanya anda tidak tahu apa yang perlu anda lakukan lagi dalam mencegah penularan COVID-19 daripada menjangkiti diri dan ahli keluarga anda. Bertenang.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, sentiasa pastikan kebersihan rumah berada pada tahap yang terbaik, jaga aspek kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan dengan sabun.
Jika perlu keluar untuk mendapatkan keperluan asas, sentiasa menjaga jarak sosial dengan individu di sekeliling anda. Ingat 1 meter, okay?
Comments
Post a Comment