Sediakan 4 Perkara Ini ,Sebelum Dijangkiti COVID-19


Jika anda mematuhi perintah kawalan pergerakan, amal jarak sosial dan kerap membasuh tangan, tahniah, anda merupakan penyumbang kepada usaha negara untuk menghentikan penularan wabak.
Namun, tidak dapat dinafikan langkah tersebut, walaupun penting untuk dilaksanakan, tapi tidak mencukupi untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi wabak virus korona baharu (COVID-19).
Jika anda disahkan positif kelak, anda memerlukan pelan tindakan kecemasan peribadi (pelan COVID-19) bagi memastikan urusan anda tetap berjalan dengan lancar.

Mengapa perlu pelan COVID-19 peribadi?

Sama seperti konsep belajar sebelum peperiksaan, perancangan pelan COVID-19 yang dibuat awal boleh mengelakkan keresahan hati sepanjang kita berada dalam situasi wabak.
Menurut Dr Cynthia M Stonnington, Pengerusi Psikologi dan Psikiatri di Mayo Clinic, langkah membuat perancangan awal merupakan satu tindakan yang bijak.
Jika anda merancang untuk memikirkan langkah seterusnya hanya setelah anda dijangkiti oleh virus, keputusan yang dibuat boleh dipengaruhi oleh emosi.
Penyelesaian kepada dilema tersebut adalah dengan membuat perancangan pelan COVID-19 lebih awal. 
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kebanyakan individu yang dijangkiti oleh virus korona baharu mengalami simptom ringan yang boleh dirawat di rumah.
Namun, apabila kita mahu membuat pelan COVID-19 lebih awal, anda perlu memikirkan berkenaan dengan simptom teruk jangkitan wabak.
Mereka yang dijangkiti boleh menunjukkan gejala seperti berikut:
  1. Demam panas
  2. Batuk
  3. Selesema
  4. Sakit kepala
  5. Sesak nafas
  6. Loya
  7. Muntah
  8. Cirit birit

Comments